Rindu ibu terubat, Nurul Farhana akhirnya pulang

Rindu ibu terubat, Nurul Farhana akhirnya pulang - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rindu ibu terubat, Nurul Farhana akhirnya pulang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rindu ibu terubat, Nurul Farhana akhirnya pulang
link : Rindu ibu terubat, Nurul Farhana akhirnya pulang

Baca juga


Rindu ibu terubat, Nurul Farhana akhirnya pulang

Penantian seorang ibu untuk memeluk anak perempuan tunggalnya yang tidak ditemui selama dua tahun berakhir apabila Nurul Farhana Ahmad, 25, berjaya dibawa pulang dari Indonesia, hari ini.

Normah Yusof, 51, menyambut ketibaan anaknya itu di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada  jam 2.35 petang tadi.

Dia yang ditemani ahli keluarganya tidak dapat menahan sebak sejurus melihat wajah anak keempat daripada lima beradik yang mendukung seorang anak kecil berusia setahun itu.

Rombongan misi membawa pulang Nurul Farhana ke Malaysia diketuai Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.

Dua beranak berkenaan saling berpelukan dan melepaskan rindu dengan disaksikan oleh ahli keluarga terdekat yang turut menyambut kepulangan Nurul Farhana.

Budiman berkata, beliau bersyukur segala cabaran dalam membawa pulang Nurul Farhana ke tanah air dipermudahkan.

“Misi kita membawa balik Farhana dan anaknya yang menghilangkan diri selama dua tahun di Indonesia selamat dipertemukan dengan keluarganya. Ada pengalaman yang sangat mahal harganya dilalui Farhana,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di KLIA, di sini hari ini.

Menurutnya, usahanya itu dipermudahkan dengan gerak kerja Kedutaan Malaysia di Indonesia melalui Duta Besar, Datuk Seri  Zahrain Hashim, kedutaan Indonesia di Malaysia melalui Rosdi Kirana, Konsulat Jeneral Malaysia di Medan dan Imigresen Indonesia.

“Untuk membawa pulang Farhana ini, kita menggunakan pendekatan People to People (P2P) iaitu melalui NGO Nusasentris Malaysia – Indonesia untuk berunding dengan ketua daerah dan keluarga di Batubara.

“Inilah perbezaan MP Barisan Nasional dan Pakatan. Kita dilatih dengan politik khidmat bakti iaitu menyelesaikan masalah rakyat berbanding mereka menerapkan politik kebencian dan fitnah dalam meraih kuasa dan mendekatkan diri dengan rakyat,” katanya.

The post Rindu ibu terubat, Nurul Farhana akhirnya pulang appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Rindu ibu terubat, Nurul Farhana akhirnya pulang

Sekianlah artikel Rindu ibu terubat, Nurul Farhana akhirnya pulang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rindu ibu terubat, Nurul Farhana akhirnya pulang dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/10/rindu-ibu-terubat-nurul-farhana.html

Subscribe to receive free email updates: