Pukau penonton, Idayu Juara AF Megastar

Pukau penonton, Idayu Juara AF Megastar - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pukau penonton, Idayu Juara AF Megastar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pukau penonton, Idayu Juara AF Megastar
link : Pukau penonton, Idayu Juara AF Megastar

Baca juga


Pukau penonton, Idayu Juara AF Megastar

MENEPATI ramalan ramai, Idayu muncul sebagai Juara AF Megastar  yang berlangsung di Royale Theatre Shah Alam, Selangor malam tadi.

Idayu yang juga bintang kelahiran Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) menewaskan empat finalis lain iaitu Bob, Marsha Milan, Syamel dan Shahir.

Kemenangan ini sekali gus melayakkan Idayu  menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai berjumlah RM100,000, pakej percutian 10 hari ke Turki, baucar bernilai RM6,000 tajaan Goshop  serta trofi.

“Syukur alhamdulillah. Terima kasih kepada suami, keluarga dan semua penyokong. 12 tahun yang berbaloi,” katanya yang menyanyikan lagu My All  dan Selamanya di malam kemuncak AF Megastar.

Idayu  juga memenangi Megastar Pilihan Raku hasil undian penonton dan membawa pulang wang tunai RM1,000.

Sementara itu, Syamel memenangi  Persembahan Ultimate Performer AF Megastar dengan membawa pulang hadiah berupa baucar bernilai RM3,000 tajaan Goshop.

Manakala Marsha pula menjadi pilihan peminat untuk Anugerah AF Megastar Terlajak Laris dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 tajaan D’Herbs.

Hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh.

AF Megastar menampilkan Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat sebagai juri tetap, sementara Datuk Awie sebagai juri jemputan yang mewakili 60 paratus markah selain 40 peratus daripada undian  penonton.

Sementara Datuk Aznil Hj Nawawi pula bertindakan sebagai pengacara sepanjang lapan minggu AF Megastar berlangsung.

Program AF turut mencatat sejarah apabila diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai Rancangan Nyanyian Realiti TV Paling Lama Berlangsung untuk tempoh 14 musim bersiaran.

Sijil pengiktirafan tersebut telah disampaikan oleh Pengasas Malaysia Book Of Records, Tan Sti Danny Ooi kepada Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Dato’ Khairul Anwar Salleh.

Turut hadir menyaksikan malam kemuncak AF Megastar adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Sri Salleh Keruak.

The post Pukau penonton, Idayu Juara AF Megastar appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Pukau penonton, Idayu Juara AF Megastar

Sekianlah artikel Pukau penonton, Idayu Juara AF Megastar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pukau penonton, Idayu Juara AF Megastar dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/10/pukau-penonton-idayu-juara-af-megastar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :