Pengurus Siti kongsi pengorbanan Siti peroleh zuriat

Pengurus Siti kongsi pengorbanan Siti peroleh zuriat - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengurus Siti kongsi pengorbanan Siti peroleh zuriat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengurus Siti kongsi pengorbanan Siti peroleh zuriat
link : Pengurus Siti kongsi pengorbanan Siti peroleh zuriat

Baca juga


Pengurus Siti kongsi pengorbanan Siti peroleh zuriat

PENGURUS Datuk Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak mendedahkan pengorbanan dan usaha yang dilakukan penyanyi tersohor negara itu selama 11 tahun untuk menimang cahaya mata.

Menerusi entri terbaharu di laman Instagram (IG) miliknya, Rozi menulis yang Siti tidak pernah berputus asa menjalani rawatan kesuburan.

Rozi yang juga kakak ipar penyanyi tersebut berkata, rawatan kesuburan yang dijalani menyebabkan Siti mengalami perubahan terhadap bentuk dan saiz badan.

Pun begitu, ujarnya lagi, Siti tidak pernah putus asa kerana dia akan cuba diet dan melakukan senaman untuk kekalkan tubuh badan yang menarik setiap kali perlu tampil dalam persembahan nyanyian dan sebagainya.

“Sebelum @ctdk berkahwin, kami merancang untuk bercuti ‘pantang’ bersama-sama. Maklum saja, kami sering bekerja bersama dan bercadang untuk bercuti pantang juga bersama. Memang agak lucu tetapi begitulah perancangan kami.

“Bulan demi bulan, tahun demi tahun, belum ada rezeki beliau untuk dikurniakan cahaya mata dan anak bongsu saya juga kini sudah berusia 10 tahun. Saya ringkaskan cerita panjang @ctdk, beritahulah apa saja cara, namakan petua dan rawatan, sebut saja kaedahnya, beliau terus mencuba, ya, tanpa henti,” ujarnya seperti yang ditulis menerusi IGnya.

Menurut Rozi lagi, selesai sahaja memenuhi undangan nyanyian dia akan kembali menjalani rawatan kesuburan dan ia berulang sehingga 11 tahun lamanya.

“Bila orang bercakap tentang saiz badannya selepas berkahwin, saya kata, wanita di luar sana mesti faham. Tubuh wanita pasti akan mengalami perubahan saiz kerana inilah proses rawatan kesuburan, mungkin anda boleh ‘google’ jika mahu mengetahui lanjut namun saya tahu, ramai yang faham dan maklum.

“Tidak timbul soal tidak diet dan sebagainya, malah beliau aktif beriadah, senaman dan menjaga pemakanan (sesuai saranan doktor) namun dalam masa yang sama rawatan ini juga memungkinkan saiz badan akan bertambah.

“Beliau berkorban jika ada acara besar seperti konsert, mengenepikan rawatan dan kembali melangsingkan badan untuk lebih ‘presentable’ di atas pentas. Kemudian beliau mencuba lagi, lalu kembali fokus kepada acara besar dan meninggalkan sebulan dua rawatan. Begitulah rutin beliau selama 11 tahun ini,” jelasnya.

Entri tersebut mendapat perhatian peminat Siti yang rata-rata mendoakan agar proses kehamilan penyanyi itu dan kelahiran bayinya dipermudahkan.

Siti yang juga isteri kepada Datuk Sri Khalid Mohd Jiwa telah mengumumkan kehamilannya dan kandungannya yang berusia empat bulan pada Jumaat lalu.

“Bukan sekali dua beliau berehat, namun kami bijak mengatur jadual lalu beliau kelihatan selalu aktif, walhal sedang di dalam rawatan. Apabila keputusannya negatif, beliau kembali bekerja seperti biasa.

“Inilah pengorbanan wanita, demi mendapatkan cahaya mata dan zuriat. Berita beliau hamil telah menggerakkan ramai wanita di luar sana menghubungi dan bertanyakan tentang rawatan yang @ctdk lakukan. Berita ini memberikan semangat dan harapan kepada wanita-wanita yang belum dikurniakan cahaya mata. Nikmat sabar itu indah. Teruslah berusaha, setiap apa yang ALLAH uji kita ada hikmahnya,” katanya lagi.

The post Pengurus Siti kongsi pengorbanan Siti peroleh zuriat appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Pengurus Siti kongsi pengorbanan Siti peroleh zuriat

Sekianlah artikel Pengurus Siti kongsi pengorbanan Siti peroleh zuriat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengurus Siti kongsi pengorbanan Siti peroleh zuriat dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/10/pengurus-siti-kongsi-pengorbanan-siti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :