Pemuda Pas ‘gempur’ Wisma Tok Guru

Pemuda Pas ‘gempur’ Wisma Tok Guru - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemuda Pas ‘gempur’ Wisma Tok Guru, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemuda Pas ‘gempur’ Wisma Tok Guru
link : Pemuda Pas ‘gempur’ Wisma Tok Guru

Baca juga


Pemuda Pas ‘gempur’ Wisma Tok Guru

Pas memulakan langkah pertama untuk mengambil alih Wisma Tok Guru di Pendek disini, dengan memacakkan bendera parti di sekitar bangunan itu, malam ini.

Langkah itu dibuat oleh Pemuda Pas dengan berkumpul di bangunan tersebut dengan diketuai Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari.

Lebih 15O ahli Pemuda Pas berkumpul di pekarangan Wisma Tok Guru sambil Unit Amal turut kelihatan mengawal keadaan pada kira-kira jam 9 malam.

Dalam ucapannya, Fadhli berkata, pihaknya berkumpul dan memacakkan bendera sebagai menandakan bangunan itu milik Pas.

“Pas telah berikan notis sebulan kepada pihak yang menduduki bangunan ini untuk mengosongkannya selewat-lewatnya pada 14 November depan.

 
“Walaupun sudah menjadi hak kita, namun kita tidak mahu mahu lagi memasuki lagi bagunan ini sebaliknya hanya meletakkan panji kita sebagai simbolik bagunan ini milik kita kerana ia dibangunkan guna wang ahli Pas, ” katanya.

Berlaku sedikit ketegangan apabila Ketua Pemuda Amanah, Hazmi Hassan memohon mengunakan pembesar suara untuk mententeramkan keadaan tetapi tidak dibenarkan oleh Pemuda Pas.

Sebelum ini, Pas mengesahkan membeli bangunan itu daripada isteri Allahyarham Datuk Rosli Ibrahim, Harifah Dolah.

Bagaimanapun Setiusaha Pas Negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, pembelian itu bukan dibuat kerana dendam, sebaliknya disebabkan bangunan itu dibiayai ahli Pas.

                 
Difahamkan bangunan kontroversi itu dibeli dengan harga RM700,000.

Sementara itu, Naib Presiden Amanah,  Datuk Husam Musa yang sebelum ini diamanahkan supaya menjaga bangunan itu berkata, beliau akan membuat kenyataan berhubung tindakan Pemuda Pas itu esok.

The post Pemuda Pas ‘gempur’ Wisma Tok Guru appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Pemuda Pas ‘gempur’ Wisma Tok Guru

Sekianlah artikel Pemuda Pas ‘gempur’ Wisma Tok Guru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemuda Pas ‘gempur’ Wisma Tok Guru dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/10/pemuda-pas-gempur-wisma-tok-guru.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :