Judul : Oh Begini Rupanya Pembikinan Drama Radio
link : Oh Begini Rupanya Pembikinan Drama Radio
Oh Begini Rupanya Pembikinan Drama Radio
Selalunya kita akan menonton drama di televisyen, tetapi pernahkah anda mendengar drama melalui corong radio.
Pasti anak-anak muda pada zaman sekarang tidak begitu tahu tentang kewujudan drama radio kerana kita jarang mendengarnya di corong-corong radio.
Pernahkan anda terfikir bagaimana agaknya proses pembikinan drama radio ini?
Menerusi akaun Facebook milik pelakon, Anne Abdullah dia ada berkongsi video dan gambar proses pembikinan drama radio.
“KERJA KAMI #anakseni MENGHIBURKAN RAKYAT…. HARGAILAH KERJA KAMI … THANK U RTM,” status yang ditulis oleh Anne pada perkongsiannya.
Rata-rata pengikut Anne juga ramai yang mengimbau kenangan mereka sewaktu mendengar drama radio suatu ketika dahulu.
Mungkin selama ini kita lebih terdedah dengan proses pembikinan drama untuk televisyen yang memerlukan tenaga kerja yang ramai dan alatan yang canggih selain daripada pelakon.
Untuk Drama radio pula cukup dengan microphone dan pelakon yang hebat melontar setiap patah skrip yang diberikan.
Seronok juga bila mendengar drama di radio, apa kata kita naikkan semula drama radio ini setaraf dengan drama di televisyen agar kewujudan drama radio tidak dilupakan dan secara tidak langsung dapat menarik perhatian anak-anak muda sekarang ini untuk meminati drama radio.
The post Oh Begini Rupanya Pembikinan Drama Radio appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Oh Begini Rupanya Pembikinan Drama Radio
Anda sekarang membaca artikel Oh Begini Rupanya Pembikinan Drama Radio dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/10/oh-begini-rupanya-pembikinan-drama-radio.html