Judul : Na Eun (A Pink) Nyaris Jadi Mangsa Ancaman Bom
link : Na Eun (A Pink) Nyaris Jadi Mangsa Ancaman Bom
Na Eun (A Pink) Nyaris Jadi Mangsa Ancaman Bom
Penyanyi Na Eun nyaris menjadi mangsa ancaman bom ketika dia hadir dan membuat penampilan di Universiti Dongguk sempena sambutan ulangtahun universiti itu pada 19 Oktober lalu.
Namun beberapa jam sebelum acara bermula tiba-tiba suasana kampus itu kecoh gara-gara dikatakan menerima ancaman bom yang ditujukan kepada anggota kumpulan A Pink dan beberapa selebriti lain yang turut hadir memeriahkan majlis tersebut.
Mujur pihak polis segera tiba di tempat kejadiakn dan memeriksa sekitar lokasi kampus. Majlis tersebut terpaksa tangguhkan selama 20 menit.
Setelah jalani pemeriksaan, pihak polis bagaimanapun tidak menemui sebarang benda mencurigakan yang didakwa bom. Pun begitu polis mengadakan kawalan ketat sekitar kampus.
Acara tersebut kembali berjalan seperti yang dirancang. Selain penampilan Na Eun selebriti lain yang turut memeriahkan majlis itu seperti Lee Kyung Kyu dan Kang Sora.
Ini bukanlah pertama kalinya Na Eun menerima ancaman serupa. Sebelum ini, A Pink pernah menerima ancaman bom ketika mereka dijadualkan membuat persembahan kemunculan semula (comeback) di Music Bank. Bukan itu saja, mereka juga pernah diancam akan dibunuh di asrama mereka.
Selain Na Eun, kumpulan A Pink dianggotai Park Cho Rong, Yoon Bo Mi, Jung Eun Ji, Kim Nam Joo dan Oh Ha Young.
The post Na Eun (A Pink) Nyaris Jadi Mangsa Ancaman Bom appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Na Eun (A Pink) Nyaris Jadi Mangsa Ancaman Bom
Anda sekarang membaca artikel Na Eun (A Pink) Nyaris Jadi Mangsa Ancaman Bom dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/10/na-eun-pink-nyaris-jadi-mangsa-ancaman.html