Mat Dan nak jadi pelakon pula

Mat Dan nak jadi pelakon pula - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mat Dan nak jadi pelakon pula, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mat Dan nak jadi pelakon pula
link : Mat Dan nak jadi pelakon pula

Baca juga


Mat Dan nak jadi pelakon pula

PENGACARA televisyen Mat Dan atau nama sebenarnya Kareef Daniel Abdullah, 27, kini berjinak-jinak dengan dunia lakonan bermula dengan satu filem pendek yang kini dalam penggambaran.

Anak kelahiran Bristol, England yang diberi nama Daniel Tyler sebelum memeluk Islam itu berkata, penggambaran filem itu baru bermula minggu lalu.

“Saya baru terbabit dalam lakonan sebuah filem pendek sebab saya hendak ceburkan diri dalam bidang lakonan pula,” katanya kepada Bernama.

Anak muda itu mula terkenal di negara ini selepas video kefasihan beliau bercakap dalam bahasa Melayu loghat Terengganu tular.

Beliau yang tinggal di Malaysia sejak lapan tahun lalu ketika berusia 19 tahun dan bertemu jodoh dengan gadis Terengganu tahun ini, turut aktif sebagai hos program stesen televisyen berbayar Astro.

Pengacara program “Mat Dan Kaki Jalan” yang membawa penonton mengembara ke 13 destinasi menarik di negara ini dan travelog “Haramain Backpackers” bersama PU Amin turut terbabit dalam perniagaan produk gel rambut atau pomade dengan jenama ‘J.Tac by Mat Dan’.

“Jenama pomade ini bersempena ayat ‘semat jetak’ dalam loghat Terengganu yang bermaksud ‘sangat segak,” katanya.

Mat Dan turut berkongsi impiannya untuk menjadi usahawan ‘budu hipster’.

“Dulu masa mula-mula jadi selebriti saya memang terfikir untuk buat produk berasaskan budu tapi hanya sekarang baru kita nak mula buat budu hispter,” katanya tanpa menjelaskan maksud budu hipster.

The post Mat Dan nak jadi pelakon pula appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Mat Dan nak jadi pelakon pula

Sekianlah artikel Mat Dan nak jadi pelakon pula kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mat Dan nak jadi pelakon pula dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/10/mat-dan-nak-jadi-pelakon-pula.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :