Lunaskan segera bayaran artis

Lunaskan segera bayaran artis - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lunaskan segera bayaran artis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lunaskan segera bayaran artis
link : Lunaskan segera bayaran artis

Baca juga


Lunaskan segera bayaran artis

PENYANYI Datuk Zainal Abidin berharap pihak yang bertanggungjawab terhadap bayaran artis pada malam penutup Sukan SEA 2017 (KL2017) lalu segera melunaskan bayaran berkenaan.

Ini kerana, janji mereka untuk membayar selepas tujuh hari persembahan yang jatuh pada 7 September sudah lama berlalu.

“Bayaran artis dibuat oleh syarikat yang dilantik oleh kementerian namun sehingga kini saya masih belum dibayar.

“Saya menerima tawaran menjayakan persembahan ini kerana ia adalah majlis yang hebat anjuran kerajaan dan pertama kalinya saya tidak menandatangani kertas hitam putih kerana percayakan mereka.

“Walaupun sudah berkali-kali saya minta, mereka memberikan pelbagai alasan namun saya tetap meneruskan persembahan kerana memikirkan ini adalah majlis yang bukan calang-calang,” katanya ketika dihubungi.

Zainal berkata, dia mempercayai syarikat berkenaan kerana pernah beberapa kali menjayakan majlis anjuran pihak berkenaan dan yakin ada dalang disebalik masalah yang timbul.

“Saya rasa syarikat itu bukan sengaja untuk tidak membayar wang persembahan artis tetapi mungkin ada orang lain yang dilantik kementerian dan tidak membayar kepadanya. Terlalu banyak campur tangan menyebabkan perkara ini jadi begini.

“Saya menyuarakan perkara ini kepada media kerana berharap pihak terbabit segera membuat bayaran kepada saya dan artis lain yang terbabit. Jangan menyalahkan kerajaan kerana bukan mereka yang menguruskan bayaran artis tetapi pihak lain yang sudah dilantik seharusnya lebih bertanggungjawab.

“Saya juga tidak serik untuk bekerjasama lagi dengan syarikat itu kerana mereka adalah syarikat yang sudah lebih 30 tahun dalam bidang ini dan pasti ada sebab mengapa mereka tidak melunaskan bayaran semua artis,” katanya lagi.

Terdahulu, penyanyi Adibah Noor semalam memuat naik status mengenai perkara berkenaan di laman Twitter miliknya dan menurutnya lagi semua yang terbabit adalah kawan-kawannya.

“Saya terpanggil meluahkan perkara ini di laman sosial semalam kerana mereka yang terbabit semua adalah kawan-kawan saya dan ada juga yang sangat akrab dan rapat dengan saya.

“Apabila mereka masih belum menerima bayaran penuh, saya sedih. Syukur selepas memuat naik status itu ia mendapat perhatian pihak Kementerian Belia & Sukan (KBS),” katanya ketika dihubungi.

Adibah berkata, Ketua Setiausaha KBS iaitu Datuk Lokman Hakim Ali sudah pun menghubunginya dan beliau memberikan pencerahan terhadap isu bayaran artis.

“Memang syarikat itu yang bertanggungjawab untuk membayar artis tetapi sehingga ke hari ini mereka masih belum menerima bayaran penuh daripada KBS. Beliau memberikan jaminan yang bayaran akan dibuat secepat mungkin.

“Beliau juga meminta saya untuk mengumpulkan ke semua aduan dan menyerahkan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut. Ini kerana menurutnya, ada pihak yang sudah menerima bayaran dan pihaknya akan menyiasat perkara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Adibah berkata, statusnya itu yang pada mulanya untuk menyuarakan keluhan penyanyi sahaja, turut menerima maklumbalas daripada pihak lain yang juga masih belum menerima bayaran sepenuhnya. Mereka terdiri daripada penari, pasukan sorak, sukarelawan, kontraktor bas, hotel dan lain-lain.

The post Lunaskan segera bayaran artis appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Lunaskan segera bayaran artis

Sekianlah artikel Lunaskan segera bayaran artis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lunaskan segera bayaran artis dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/10/lunaskan-segera-bayaran-artis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :