Larian Amal Antarctica 2018 Tawar Hadiah Menarik, Medal Unik

Larian Amal Antarctica 2018 Tawar Hadiah Menarik, Medal Unik - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Larian Amal Antarctica 2018 Tawar Hadiah Menarik, Medal Unik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Larian Amal Antarctica 2018 Tawar Hadiah Menarik, Medal Unik
link : Larian Amal Antarctica 2018 Tawar Hadiah Menarik, Medal Unik

Baca juga


Larian Amal Antarctica 2018 Tawar Hadiah Menarik, Medal Unik

Bersempena misi pencarian lima Ratu Ais oleh AWETA (All Women’s Expedition To Antarctica) yang telah bermula sejak Mei tahun ini, satu larian amal, iaitu Larian Amal Antarctica 2018 akan diadakan pada 7 Januari 2018, di Karangkraf Shah Alam.

Larian Amal Antarctica 2018 ini merupakan satu usaha bagi menyokong misi ekspedisi ke Kutub Selatan yang akan disertai oleh lima peserta wanita yang akan menjadi pelapis atau protégé Ekspeditor Negara, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir.

Selain daripada itu dana yang diperolehi daripada larian amal ini akan di salurkan kepada tabung AWETA yang akan digunakan bagi menampung kos ekspedisi.

“Proses pemilihan para peserta ini sedang dilalukan di beberapa lokasi di seluruh Malaysia termasuklah di Sabah dan Sarawak. Kami harapkan misi ini dapat melahirkan ikon wanita yang berjiwa kental, bersemangat tinggi dan bermotivasi agar dapat memberi inspirasi kepada generasi baru” kata Dr. Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir.

Larian amal ini terbuka kepada orang ramai dan terbahagi kepada dua kategori, iaitu 5km (fun run) dan 13km. Larian ini akan bermula dan berakhir di Karangkraf, Shah Alam dan mensasarkan lebih daripada 3,000 peserta akan mendaftarkan diri. Upacara pelepasan peserta akan bermula seawal jam 7:00 pagi.

Selain wang tunai dan medal yang unik dan menarik ditawarkan, peserta Larian Amal Antarctica 2018 juga bakal berpeluang untuk membawa pulang hadiah menarik bagi kategori Kostum Antarctica Terbaik.

Selain daripada itu pemenang wanita 10 teratas akan layak ke peringkat separuh akhir pencarian Ratu Ais. Bagi mereka yang ingin mendaftar, pendaftaran telah dibuka
di http://ift.tt/2xV0yB9 run-2018/ dan akan ditutup pada 17 Disember nanti.

Sementara itu, menurut Dato’ Noorizah Abd Hamid selaku Pengarah Projek AWETA 2018, pemilihan peringkat awal Ratu Ais akan berakhir pada pertengahan Januari 2018 dan pemilihan peringkat separuh akhir akan di jalankan pada bulan Febuari dimana 30 peserta akan dipilih.

“Seterusnya pemilihan 5 peserta terbaik akan di buat menerusi satu program realiti. Insyaa Allah kita juga akan memilih tambahan 2 peserta yang akan dijadikan “reserve” yang mungkin diundi masuk pada bila-bila masa sekiranya ada diantara 5 peserta yang terpilih terpaksa disingkirkan dan diundi keluar jika didapati tidak dapat mampu melaksanakan tugasan atau memberi kerjasama yang baik kepada rakan-rakan”, katanya.

Bagi mereka yang masih berminat untuk menyertai pemilihan Ratu Ais dalam misi AWETA, anda boleh layari http://ift.tt/2l423XP, FB dan Instagram aweta2018.

The post Larian Amal Antarctica 2018 Tawar Hadiah Menarik, Medal Unik appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Larian Amal Antarctica 2018 Tawar Hadiah Menarik, Medal Unik

Sekianlah artikel Larian Amal Antarctica 2018 Tawar Hadiah Menarik, Medal Unik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Larian Amal Antarctica 2018 Tawar Hadiah Menarik, Medal Unik dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/10/larian-amal-antarctica-2018-tawar.html

Subscribe to receive free email updates: