Kumpulan Nasyid, Brothers Fail Saman Kepada Penganjur Konsert

Kumpulan Nasyid, Brothers Fail Saman Kepada Penganjur Konsert - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kumpulan Nasyid, Brothers Fail Saman Kepada Penganjur Konsert, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kumpulan Nasyid, Brothers Fail Saman Kepada Penganjur Konsert
link : Kumpulan Nasyid, Brothers Fail Saman Kepada Penganjur Konsert

Baca juga


Kumpulan Nasyid, Brothers Fail Saman Kepada Penganjur Konsert

Sekarang ini banyak sangat kes penipuan yang berlaku melibatkan duit.

Terbaru menurut sebuah sumber, kumpulan nasyid Brothers telah memfailkan saman terhadap penganjur Konsert 3 Kejora Bersatu iaitu Kay Event Services & Management.

Saman ini difailkan oleh Brothers kerana mereka mendakwa pihak penganjur gagal untuk melunaskan baki bayaran yang berjumlah RM37,500.

Terdahulu, Brothers hanya menerima bayaran pendahuluan sebanyak RM12,500 daripada jumlah keseluruhan wang yang patut diterima iaitu sebanyak RM50,000.

Konsert ini telah diadakan di Istana Budaya tahun lalu pada 7 dan 8 Oktober.

Salah seorang anggota kumpulan Brothers, Yasin Sulaiman memberitahu disebabkan keengganan pihak penganjur untuk melunaskan baki bayaran membuatkan mereka mengambil keputusan untuk memfailkan saman di Mahkamah Majistret Shah Alam pada 18 September yang lalu.

Terdahulu pada 28 Julai 2017, pihak Brothers telah memberi notis tuntutan kepada pihak penganjur namun tiada sebarang respon diterima daripada mereka.

“Sudah setahun malah macam-macam pendekatan diambil agar penganjur melunaskan baki bayaran termasuk berusaha mengadakan pertemuan dan berbincang dengan penganjur.

“Setiap kali minta bayaran, penganjur akan bagi pelbagai alasan. Oleh itu kami terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur,” ujarnya.

Tambahnya lagi, tindakan ini dibuat bukan untuk mencari keuntungan tetapi untuk membuka jalan kepada semua yang terbabit dalam penganjuran konsert tersebut agar mengambil tindakan yang sama kepada pihak penganjur.

Antara Kumpulan yang turut menjayakan konsert tersebut adalah kumpulan Rabbani dan Hijjaz.

The post Kumpulan Nasyid, Brothers Fail Saman Kepada Penganjur Konsert appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kumpulan Nasyid, Brothers Fail Saman Kepada Penganjur Konsert

Sekianlah artikel Kumpulan Nasyid, Brothers Fail Saman Kepada Penganjur Konsert kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kumpulan Nasyid, Brothers Fail Saman Kepada Penganjur Konsert dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/10/kumpulan-nasyid-brothers-fail-saman.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :