Konflik cinta jadi taruhan

Konflik cinta jadi taruhan - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Konflik cinta jadi taruhan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Konflik cinta jadi taruhan
link : Konflik cinta jadi taruhan

Baca juga


Konflik cinta jadi taruhan

SELEPAS tampil dengan filem seram, Aku Haus Darahmu, awal tahun lalu, Pengarah, Aidilfitri Mohamed Yunos, kembali dengan mempertaruhkan filem genre romantik, Dubai My Love.

Filem terbitan Tsar Asia Sdn Bhd, menyaksikan gandingan pelakon baru seperti Erwin Dawson, Hanna Aqeela, Putri Najuwa dan Ben Ali.

Melihat judulnya sahaja, penonton umpama sudah diberi klu awal bahawa, hampir keseluruhan jalan cerita filem ini memaparkan kecantikan dan tempat menarik di Dubai.

Filem yang mempertaruhkan genre romantik ini mengisahkan seorang lelaki bernama Amar yang terpaksa menanggung malu selepas kekasihnya Balqis, tidak muncul pada hari perkahwinan mereka.

Berikutan itu, Amar membawa diri ke Dubai untuk memulakan hidup baru dan ketika di sana dia bertemu Maryam. Bagaimanapun saudara Balqis, Fazleena, datang melawatnya, mengingatkannya kepada Balqis dan menguji cintanya pada Maryam.

Secara keseluruhannya, penulis agak terpesona melihat kecantikan bandar Dubai seperti yang dipotretkan Aidilfitri di dalam filem ini.

Apatah lagi, difahamkan produksi ini mendapat kerjasama yang cukup baik dari pihak Dubai Tourism sehingga diberi permit untuk menjalankan penggambaran di lokasi tarikan pelancong di sekitar Dubai.

Meskipun berpeluang merakamkan sinematografi menarik, namun sayangnya, beberapa sudut teknikal lain seperti audio tidak dirakamkan dengan begitu baik.

Biarpun ada ketikanya ia sedikit mengganggu, namun penulis berpendapat, Aidilfitri harus tahu mengambil peluang di atas kelebihan yang dimiliki dengan menghasilkan filem yang lebih berkualiti.

Manakala dari segi jalan ceritanya pula, penulis tidak mempunyai masalah, apatah lagi twist yang diselitkan Aidilfitri pada penghujung jalan cerita filem ini memberikan kelainan daripada filem cinta yang pernah dilihat sebelum ini.

Begitu juga dengan lakonan pelakon terlibat. Biarpun baru, namun mereka tetap berjaya membawakan watak masing-masing dengan baik sekali.

Pujian lebih harus diberikan kepada Erwin dan Putri Najuwa yang tampak menonjol.

Untuk keseluruhannya, bagi mereka yang mahukan filem santai untuk ditonton pada hujung minggu, Dubai My Love mungkin boleh menjadi pilihan buat anda.

The post Konflik cinta jadi taruhan appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Konflik cinta jadi taruhan

Sekianlah artikel Konflik cinta jadi taruhan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Konflik cinta jadi taruhan dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/10/konflik-cinta-jadi-taruhan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :