Jiwa kental Pat Ibrahim

Jiwa kental Pat Ibrahim - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jiwa kental Pat Ibrahim, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jiwa kental Pat Ibrahim
link : Jiwa kental Pat Ibrahim

Baca juga


Jiwa kental Pat Ibrahim

JIKA diimbas kembali, pelayaran seni Pat Ibrahim bukanlah mudah. Malah, pemilik nama sebenar Taufik Ibrahim ini hanya berbekalkan bakat, minat dan keinginan semata-mata tanpa sebarang pendidikan formal.

“Saya memang suka menari sedari kecil lagi.

“Saya juga punya imaginasi tinggi apabila tonton persembahan pentas.

“Apa yang pasti, saya akan tertanya-tanya bagaimana mereka boleh lakukannya bahkan saya juga punya pandangan tersendiri,” katanya pada Media Hiburan.

Tambahan pula, bapanya, arwah Ibrahim Lahab aktif menguruskan kerja kahwin di sekitar tanah kelahirannya di Johor Bahru.

“Apabila ada kerja kahwin, dah tentu ada ghazal parti, jadi saya adalah orang pertama yang akan ke depan, menari.

“Minat itu juga yang membawa saya untuk sertai pelbagai persatuan kebudayaan sejak di bangku sekolah lagi,” katanya.

Lebih istimewa, Pat mahir meniru gerak langkah setiap tari yang diminatinya.

“Selain seni muzikal, saya juga mula jatuh cinta dengan lagu-lagu nyanyian Michael Jackson dan Paula Abdul sejak 1979.

“Apabila saya dengar lagu Don’t Stop ‘Til You Get Enough, saya terus berminat, jiwa saya betul-betul kena dengan lagu itu.

“Saya tiru semua gerak langkah tari malah pemain video saya sampai meletup kerana selalu ulang benda sama. Bayangkan seni tari dalam lagu Beat It dan Thriller pun saya boleh hafalnya! (senyum),” katanya.

Pun begitu, Pat sedar dirinya yang dibesarkan sebagai anak kampung, maka kemungkinan besar cita-citanya itu tidak akan tercapai.

“Terus-terang, saya sendiri keliru mahu jadi apa? Orang kampung nak jadi penari? Memang taklah kan?

“Lagi-lagi, bila disogokkan kerjaya sebagai penari tak ada masa depan. Jadi, saya cuba belajar macam-macam dan buat pelbagai kerja.

“Tapi, apa yang pasti, saya akan tetap cari masa untuk naik pentas dan menari sebab itulah minat utama saya,” katanya.

Bina nama sebagai koreografer, pengarah

Enggan terus membuang masa, Pat membuat keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur (KL) pada 1990.

“Awalnya, saya ke KL, tiada siapa yang pandang. Lagi pula, setiap penari ada kumpulan tersendiri dan mereka sukar terima kehadiran orang baru.

“Bayangkan, saya pernah derita kerana tiada tawaran kerja dalam tempoh empat bulan. Malah, saya hanya makan roti kerana kesempitan hidup,” katanya.

Bagaimanapun berkat doa ibu, Noh Sidek, Pat akhirnya berpeluang bekerja dengan Datin Seri Tiara Jacquelina di bawah Kit Kat Klub Dancers sebagai koreografer.

Jelasnya, Tiara individu bertanggungjawab membawanya masuk ke dalam industri hiburan lantaran penglibatannya dalam pelbagai persembahan seperti Sinaran Pasport Kegemilangan dan Anugerah Juara Lagu.

“Jujurnya, saya banyak belajar dengan Tiara terutama cara-cara buat persembahan pentas. Dia juga buka minda saya melalui show.

“Saya juga ambil kesempatan ini untuk belajar on the job dan bukan secara formal. Dari situ juga, saya kenal ramai artis seperti Sofea Jane, Maria Farida, Aida Aris dan Fauziah Latiff,” katanya.

Namun, rasa kosong dalam diri menyebabkan Pat mengambil langkah mempelajari bidang seni tari secara formal sekali gus memberanikan diri menghadiri sesi uji bakat di Akademi Seni Kebangsaan (ASK) (kini dikenali Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) pada 1994.

“Walaupun hanya separuh jalan akibat ketandusan dana, saya gunakan peluang belajar itu secara sepenuhnya.

“Lagi pula, saya berpeluang dapat pelbagai tunjuk ajar daripada guru yang berpengalaman.

“Malah, sesi pembelajaran ini membuka mata dan ruang yang sangat luas kepada saya terutama dalam bidang tari,” katanya.

Demi menampung hidup, Pat ditawar menyertai kumpulan Kool sebelum kembali semula bekerja dengan Tiara.

“Apabila join dengan Kool, saya berpeluang selami industri rakaman. Ia cabaran baru saya.

“Saya kemudian kembali semula bekerja dengan Tiara dan kami mula berjinak-jinak dalam bidang seni muzikal,” katanya yang juga diberi tanggungjawab untuk menggalas tugas sebagai pengarah.

Pat sudah terlibat dalam pelbagai persembahan pentas bertaraf dunia seperti Persidangan Ekonomi Dunia di Davos, Malam Gala Kemuncak Persidangan Ketua Negara Asean, Kuala Lumpur; Puteri Gunung Ledang The Musical, P Ramlee The Musical, Konsert Eksklusif Satu Datuk Siti Nurhaliza, Terima Kasih Cinta dan Asmaradana sepanjang lebih 25 tahun berpengalaman dalam bidang ini.

Terbaru, lelaki berusia 51 tahun ini bakal terbabit dalam persembahan Citrawarna Malaysia 2017, Teater Muzikal Bangsawan Dendam Laksamana (10 hingga 12 November) dan Bengkel Pekan Bangsawan Warisan Budaya pada 6 hingga 9 November depan.

Kini, Pat melangkah setapak lagi dalam arena perniagaan apabila menubuhkan Pat Ibrahim Project Entertaiment (PIPE) sejak Januari 2017.

The post Jiwa kental Pat Ibrahim appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Jiwa kental Pat Ibrahim

Sekianlah artikel Jiwa kental Pat Ibrahim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jiwa kental Pat Ibrahim dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/10/jiwa-kental-pat-ibrahim.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :