Judul : “Jangan Risau, Saya Dah Okey” – Yusof Haslam
link : “Jangan Risau, Saya Dah Okey” – Yusof Haslam
“Jangan Risau, Saya Dah Okey” – Yusof Haslam
Penerbit dan pengarah Datuk Yusof Haslam memberitahu dia kini berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan KPJ Tawakal pada Khamis akibat keracunan makanan.
Yusof, 63, berkata, dia mengalami cirit birit dan muntah-muntah sejak dua hari lalu.
“Saya sudah semakin baik, jangan risau. Semalam keluarga bawa saya ke sini kerana sudah dua hari cirit-birit dan muntah-muntah sehingga badan jadi lemah.
“Alhamdulillah, hari ini rasa sihat… mungkin dapatlah keluar petang ini,” ujarnya.
Yusof berkata, doktor turut menasihatkannya agar lebih berhati-hati dalam pengambilan makanan.
Katanya, pada usia sebegini dia perlu menjaga kesihatan kerana mudah mendapat penyakit.
“Doktor nasihat agar saya tidak makan makanan yang pedas-pedas, biasalah sudah tua ini tidak boleh makan sembarangan.
“Walaupun saya fikir beberapa hari ini saya makan seperti biasa sahaja,” ujarnya.
Kata Yusof, dia juga mengambil peluang di hospital untuk berehat dari tekanan kerja hariannya.
The post “Jangan Risau, Saya Dah Okey” – Yusof Haslam appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel “Jangan Risau, Saya Dah Okey” – Yusof Haslam
Anda sekarang membaca artikel “Jangan Risau, Saya Dah Okey” – Yusof Haslam dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/10/jangan-risau-saya-dah-okey-yusof-haslam.html