Judul : IU Buat Kejutan di Majlis Kahwin Peminat
link : IU Buat Kejutan di Majlis Kahwin Peminat
IU Buat Kejutan di Majlis Kahwin Peminat
Memilik suara ’emas’, tidak hairanlah IU menjadi salah satu penyanyi pujaan bukan saja kalangan peminat muzik di negaranya malah bintang yang sinonim dengan jolokan ‘Korea little sister’ ini juga popular di peringkat global.
Baru-baru ini IU atau nama sebenarnya Lee Ji Eun membuat satu kejutan manis untuk seorang peminatnya.
Peminat yang dikenali sebagai Im Hyun Joo itu ingin memberi hadiah istimewa iaitu dengan menghadirkan IU di hari perkahwinan kakaknya.
Tak disangka, IU ternyata mengabulkan permintaan peminat tersebut. Menerusi sebuah video, merakamkan suasana majlis perkahwinan itu berlangsung cukup meriah. Turut terlihat IU yang pada mulanya bersembunyi namun akhirnya muncul dan membuat kakak Im Hyun Joo serta para tamu lain terkejut.
Tampil manis mengenakan baju berona merah dan skirt pendek, IU menghibur pengantin serta para tamu. Semua yang ada terpukau dengan kelunakan suara penyanyi erusia 24 tahun ini saat dia menyanyikan lagu berjudul Everyday With You.
Sementara Hyun Joo yang berdiri di satu sudut kelihatan sebak dan menitiskan air mata gembira kerana hasratnya mahu menampilkan penyanyi kegemaran kakaknya terlaksana.
Tentunya kejutan daripada IU itu adalah sebuah hadiah paling istimewa dan bermakna buat pasangan pengantin.
The post IU Buat Kejutan di Majlis Kahwin Peminat appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel IU Buat Kejutan di Majlis Kahwin Peminat
Anda sekarang membaca artikel IU Buat Kejutan di Majlis Kahwin Peminat dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/10/iu-buat-kejutan-di-majlis-kahwin-peminat.html