Ismail Izzani Tak Mahu Buang Tonsil Walau Sudah Serius

Ismail Izzani Tak Mahu Buang Tonsil Walau Sudah Serius - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ismail Izzani Tak Mahu Buang Tonsil Walau Sudah Serius, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ismail Izzani Tak Mahu Buang Tonsil Walau Sudah Serius
link : Ismail Izzani Tak Mahu Buang Tonsil Walau Sudah Serius

Baca juga


Ismail Izzani Tak Mahu Buang Tonsil Walau Sudah Serius

Penyanyi baru dalam industri yang kini semakin dikenali namanya menerusi lagu Sabar, Ismail Izzani memberitahu pada satu sumber bahawa dia enggan melakukan pembedahan bagi membuang tonsil walaupun sudah serius.

Ismail berkata, dia membuat keputusan untuk tidak membuang tonsil tersebut kerana bimbang suaranya tidak akan sama seperti sekarang.

“Saya sepatutnya perlu melakukan pembedahan membuang tonsil sebab ia dah teruk. Tapi saya ambil keputusan untuk tidak melakukannya.

“Kalau saya buat juga akan kehilangan suara selama lebih lima bulan. Jadi, saya pilih untuk pulih secara sendiri.

“Bidang nyanyian adalah minat saya. Tambahan pula, ada banyak acara dan program yang saya perlu hadir,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu Ismail memberitahu lagi bahawa doktor menasihatinya untuk menjaga pemakanan dan mengambil ubat agar tonsil tersebut segera pulih.

Menurut penyanyi ini, dia sudah menghidap tonsil sejak kecil lagi namun keadaan tonsilnya semakin teruk kerana kesalahan dirinya sendiri yang tidak menjaga pemakanan dan minuman.

“Buat masa ini, doktor suruh makan ubat, jaga pemakanan dan minum air masak dengan banyak.

“Supaya tonsil boleh baik dengan sendiri. Saya ada masalah tonsil sejak kecil lagi. Tapi semakin teruk disebabkan salah sendiri.

“Saya suka makan dan minum air yang tidak sepatutnya sehingga membuatkan tonsil berdarah,” ujarnya.

Pastinya dia sebagai seorang penyanyi dan penghibur, Ismail akan berasa bimbang jika aset penting bagi seorang penyanyi iaitu ‘suara’ mengalami masalah.

Kami di  Kakigosip mendoakan agar masalah tonsil yang dihidapi oleh Ismail akan segera sembuh.

The post Ismail Izzani Tak Mahu Buang Tonsil Walau Sudah Serius appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Ismail Izzani Tak Mahu Buang Tonsil Walau Sudah Serius

Sekianlah artikel Ismail Izzani Tak Mahu Buang Tonsil Walau Sudah Serius kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ismail Izzani Tak Mahu Buang Tonsil Walau Sudah Serius dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/10/ismail-izzani-tak-mahu-buang-tonsil.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :