Hazami Sertai GV4 Kerana Peminat

Hazami Sertai GV4 Kerana Peminat - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hazami Sertai GV4 Kerana Peminat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hazami Sertai GV4 Kerana Peminat
link : Hazami Sertai GV4 Kerana Peminat

Baca juga


Hazami Sertai GV4 Kerana Peminat

HASIL pujukan peminat, Hazami bersedia bersaing dalam program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4).

Pada masa sama, penyanyi berusia 42 tahun ini berusaha memenuhi permintaan ahli keluarga terutama ibu tersayang, Noor Afza Md Salleh.

“Sebenarnya, setiap musim saya ditawarkan menyertai program realiti ini. Kali ini, baru saya terima selepas sebak membaca e-mel dan mesej daripada peminat yang mahu saya melakukannya. Ibu saya pun excited bila saya menyertainya,” katanya kepada Kakigosip.

Mengakui berada dalam zon selesa, penyanyi yang popular menerusi lagu Sonata Musim Salju ini bagaimanapun meletakkan nilai keikhlasan dalam menghiburkan peminat setianya.
Hazami yang merendah diri berkata, dia bukan lagi guru vokal atau komposer apabila berada di pentas sebaliknya cuma seorang penghibur.

“Peminatlah yang meletakkan saya di situ. Itu bermakna saya buat untuk mereka (peminat) dan saya tak boleh naik atas pentas lalu bersikap besar kepala,” katanya.

Bukan itu saja, pemilik nama sebenar Norkamal Hazami Ahmad Abdul Rahman ini juga sangat berbesar hati menerima sebarang kritikan daripada juri profesional kerana menganggapnya bertujuan membentuk kredibiliti seorang penyanyi dan pemuzik yang bagus.

“Jadi, saya terimanya sebagai satu cara pendidikan kerana proses pembelajaran berlangsung sepanjang hayat.

“Saya juga tak seharusnya takut dengan bayang-bayang sendiri sebaliknya perlu terus berjuang untuk membuat yang terbaik,” katanya.

Selain Hazami, GV4 turut disertai Aishah, Elyana, Liza Hanim, Syura, Haida, Raja Azura, Aqasha, Tia Jimbara, Lan Kristal dan dua penyanyi luar iaitu dari Indonesia, Firman dan Ferhad (Singapura).
Konsert GV4 bakal bersiaran langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan  akan disiarkan menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). jam 9 malam bermula 29 Oktober ini.

Dalam perkembangan lain, Hazami sedang merangka untuk mengadakan konsert sempena 15 tahun pembabitannya dalam industri muzik akhir tahun ini.

The post Hazami Sertai GV4 Kerana Peminat appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Hazami Sertai GV4 Kerana Peminat

Sekianlah artikel Hazami Sertai GV4 Kerana Peminat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hazami Sertai GV4 Kerana Peminat dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/10/hazami-sertai-gv4-kerana-peminat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :