Judul : Ed Sheeran Jatuh Basikal, Beberapa Konsert di Asia Mungkin Batal
link : Ed Sheeran Jatuh Basikal, Beberapa Konsert di Asia Mungkin Batal
Ed Sheeran Jatuh Basikal, Beberapa Konsert di Asia Mungkin Batal
Penghibur popular Ed Sheeran, mengumumkan beberapa persembahannya akan dibatalkan selepas dia kemalangan ketika berbasikal.
Menerusi akaun media sosial miliknya, semalam, penyanyi dan penggubah lagu kelahiran Britain itu berkongsi imej tangannya dibalut dan memakai selempang.
Dia memaklumkan kepada 15.7 juta pengikutnya bahawa dia mengalami kecederaan dan kondisinya kini mungkin akan menjejaskan beberapa persembahannya akan datang
“Saya mengalami kemalangan kecil dan kini menunggu nasihat perubatan yang mungkin menjejaskan beberapa persembahan akan datang”.
..
Lapran Daily Mail menyebut, kemalangan terbabit berlaku di London pada Ahad.
Ed Sheeran dijadual membuat persembahan di Taipei, Ahad ini pada permulaan konsert jelajah Asia besar-besaran di Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, Filipina, Singapura, Thailand dan India.
Sementara Malaysia juga menjadi destinasi persinggahan penyanyi berusia 26 tahun ini yang dijadualkan berlangsung pada 14 November depan.
Selain itu, beliau juga dijadual membuat persembahan di Emiriah Arab Bersatu.
Sheeran antara artis paling laris di dunia dan album terbarunya, ‘Divide’ memecahkan rekod Spotify, menarik 57 juta pendengar pada hari pertama disiarkan, hampir dua kali ganda berbanding jumlah tertinggi sebelum ini.
Selepas beberapa tahun membuat persembahan di jalanan dan bar, Ed Sheeran mencatat kejayaan antarabangsa dengan lagu balada, ‘Thinking Out Loud’ pada 2014.
The post Ed Sheeran Jatuh Basikal, Beberapa Konsert di Asia Mungkin Batal appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Ed Sheeran Jatuh Basikal, Beberapa Konsert di Asia Mungkin Batal
Anda sekarang membaca artikel Ed Sheeran Jatuh Basikal, Beberapa Konsert di Asia Mungkin Batal dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/10/ed-sheeran-jatuh-basikal-beberapa.html