Anak Harris Baba melecur

Anak Harris Baba melecur - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anak Harris Baba melecur, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anak Harris Baba melecur
link : Anak Harris Baba melecur

Baca juga


Anak Harris Baba melecur

PENYANYI dan pelakon Harris Baba, 25, terkilan apabila anaknya Aleena Ziya cedera di sebuah butik terkemuka di ibu kota semalam akibat terkena penutup lampu yang tiba-tiba jatuh dari siling.

Insiden itu menyebabkan dagu dan tangan anaknya yang berusia lapan bulan itu melecur.

Anak jati Singapura itu bagaimanapun bersyukur penutup lampu berkenaan tidak terkena pada mata Aleena.

“Ketika kejadian, saya dan isteri sedang melihat kasut manakala Aleena pula berada dalam kereta sorong bayi. Tiba-tiba penutup lampu besi itu jatuh dan menimpa Aleena.

“Kulit Aleena melecur kerana objek itu sangat panas. Kami bergegas membawanya ke pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan. Menurut pakar, Aleena melecur tahap dua dan kecederaan itu agak serius.

“Nasib baik tidak terkena bahagian mata kerana ia boleh menyebabkan anak saya buta,” katanya.

Harris kemudian membuat laporan polis dan melantik peguam mengendalikan kes itu meskipun pihak pengurusan butik terbabit mahu membiayai bayaran perubatan Aleena.

“Saya boleh bayar sendiri kos perubatan. Saya cuma mahu perkara yang membabitkan keselamatan pelanggan dipandang serius pengurusan butik terkenal itu.

“Sepatutnya mereka menitikberatkan aspek keselamatan dan penyelanggaraan di premis itu. Bagaimana kalau ia berlaku kepada orang lain dan menyebabkan kemalangan lebih teruk?

“Pengurus di butik itu ada menjelaskan kontraktor penyelenggaraan akan datang setiap minggu. Saya tidak pasti pihak mana yang salah tapi insiden ini harus dijadikan pengajaran,” katanya.

The post Anak Harris Baba melecur appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Anak Harris Baba melecur

Sekianlah artikel Anak Harris Baba melecur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anak Harris Baba melecur dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/10/anak-harris-baba-melecur.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :