Afifah Dah ‘Move On’, Bukan Sindir Bella

Afifah Dah ‘Move On’, Bukan Sindir Bella - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Afifah Dah ‘Move On’, Bukan Sindir Bella, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Afifah Dah ‘Move On’, Bukan Sindir Bella
link : Afifah Dah ‘Move On’, Bukan Sindir Bella

Baca juga


Afifah Dah ‘Move On’, Bukan Sindir Bella

PELAKON Nur Afifah Nasir berkata dia sudah meminta maaf secara peribadi kepada isteri Aliff Aziz iaitu Bella Astilah selepas dituduh menyindir penampilan wanita berkenaan.

Afifah, 24, berkata, hashtag yang digunakan pada salah satu foto yang dimuat naik baru-baru ini tidak berniat untuk menyindir mana-mana pihak.

“Saya sudah selesaikan isu itu dan menghantar mesej peribadi kepada Bella jika dia terasa dengan perkara itu.

“Saya sudah move on dan gambar serta hashtag itu bukanlah ditujukan kepada dia,” ujarnya .

Afifah berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan kehidupannya selepas kontroversi dia keluar karaoke bersama penyanyi Aliff Aziz yang juga suami Bella.

Pelakon Izinkan Aku Mencintaimu itu dikecam netizen apabila memuat naik tanda pagar #GentingjebukanLondon #takpaytahpakaitebal2sis itu pada bulan lalu yang didakwa menyindir Bella yang bercuti di Genting Highlands.

Sementara itu, Afifah menegaskan dia sudah memulakan kehidupan baharu dan tidak mahu mengulas panjang isu berkenaan.

Dalam pada itu, adik kepada pelakon Anzalna Nasir ini turut berkata, kehidupannya sudah kembali normal daripada pandangan negatif masyarakat.

“Saya tidak mahu fikir tentang isu itu lagi. Kehidupan saya pun sudah kembali normal dan tiada kecaman seperti dahulu.

“Jika keluar berjalan pun orang tegur dengan baik, tiada pula yang marah atau sindir secara depan-depan,” ujarnya.

Tambahnya, rezeki lakonan juga semakin murah dan dia kini sibuk dengan penggambaran drama Syurga Yang Kedua.

The post Afifah Dah ‘Move On’, Bukan Sindir Bella appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Afifah Dah ‘Move On’, Bukan Sindir Bella

Sekianlah artikel Afifah Dah ‘Move On’, Bukan Sindir Bella kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Afifah Dah ‘Move On’, Bukan Sindir Bella dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/10/afifah-dah-move-on-bukan-sindir-bella.html

Subscribe to receive free email updates: