Ada Yang Mahu Jadi Isteri Kedua, Ada Yang Kirim Gambar Lucah

Ada Yang Mahu Jadi Isteri Kedua, Ada Yang Kirim Gambar Lucah - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ada Yang Mahu Jadi Isteri Kedua, Ada Yang Kirim Gambar Lucah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ada Yang Mahu Jadi Isteri Kedua, Ada Yang Kirim Gambar Lucah
link : Ada Yang Mahu Jadi Isteri Kedua, Ada Yang Kirim Gambar Lucah

Baca juga


Ada Yang Mahu Jadi Isteri Kedua, Ada Yang Kirim Gambar Lucah

Pelakon kelahiran Singapura, Hisyam Hamid mengakui masih menerima banyak kiriman mesej daripada peminat yang ingin berkenalan dan menawarkan diri menjadi kekasih dan isteri kedua.

Menyedari statusnya sebagai suami justeru dia mengambil pendekatan untuk tidak melayan setiap mesej berkenaan. Sebaliknya dia menganggap mereka sebagai peminat fanatik.

“Setiap kali berkongsi gambar bersama isteri dan anak, saya berharap peminat faham. Malangnya, masih ada yang tidak tahu. Saya tidak marah dengan tindakan mereka kerana bukan semuanya yang mengikuti perkembangan saya.

“Setiap mesej yang dihantar saya tidak layan dan balas. Saya tidak mahu ia berlanjutan yang akhirnya mengundang masalah lain. Kalau ada yang menulis di ruangan komen, saya mengaggap ia gurauan,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Tidak cukup dengan itu, lebih mengejutkan Hisyam apabila ada peminat wanita dan lelaki yang mengirimkan gambar lucah.

“Saya terkejut dengan keberanian mereka melakukan perkara sedemikian. Kalau setakat mesej, mungkin saya boleh terima, tetapi ini membabitkan gambar tidak senonoh.

“Setiap apa yang saya terima, isteri orang pertama yang tahu. Dia hanya mampu tergelak. Macam yang dikatakan, saya tidak perlu membalasnya,” katanya.

Mengenai perkembangan kerjaya, Hisyam baru saja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Do(s)a di Jakarta, Indonesia.

Drama yang bakal ditayangkan pada Disember ini menggabungkan pelakon tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Antara pelakon terbabit ialah Datuk M Nasir, Remy Ishak, Ashraf Sinclair, Cecep Aruf Rahman dan Shenty Feliziana.

The post Ada Yang Mahu Jadi Isteri Kedua, Ada Yang Kirim Gambar Lucah appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Ada Yang Mahu Jadi Isteri Kedua, Ada Yang Kirim Gambar Lucah

Sekianlah artikel Ada Yang Mahu Jadi Isteri Kedua, Ada Yang Kirim Gambar Lucah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ada Yang Mahu Jadi Isteri Kedua, Ada Yang Kirim Gambar Lucah dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/10/ada-yang-mahu-jadi-isteri-kedua-ada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :