Tip Erra untuk Shahir

Tip Erra untuk Shahir - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tip Erra untuk Shahir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tip Erra untuk Shahir
link : Tip Erra untuk Shahir

Baca juga


Tip Erra untuk Shahir

Cik Pang sebenarnya tumpang bangga apabila penyanyi Shahir antara 12 peserta yang dipilih untuk meneruskan perjuangan di pentas AF Megastar.

Rupa-rupanya juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu dapat tip daripada teman yang juga primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira.

Ia bukan rahsia kerana minggu lalu Shahir turut berkongsi cerita itu. Rasanya, ramai peminat yang ingin tahu apa yang dikongsi Erra dengan Shahir.

Cik Pang pun apalagi, terus berusaha cungkil apa yang dikongsi Erra. Kebetulan teman Cik Pang berkesempatan menemubual Erra dan sempat bertanya kepadanya mengenai kenyataan Shahir itu.

Kata teman Cik Pang, sebagai penyanyi yang mempunyai pengalaman dan pernah beberapa kali menjadi juri untuk program realiti pencarian bakat, Erra berkongsi maklumat membabitkan apakah yang selalunya dimahukan juri daripada peserta. Erra turut berkongsi bagaimana hendak menarik perhatian penonton.

Begitupun tegas Erra kepada teman Cik Pang, bab untuk memenangi hati penonton dia tidak bimbang kerana kelebihan itu memang ada pada Shahir.

Erra juga memberi idea lagu pilihan yang mahu dinyanyikan pada setiap minggu sepanjang AF Megastar berlangsung dan bagaimana lagu itu harus didendangkan. Begitu juga dengan penampilan diri agar bersesuaian dengan tema lagu dipilih.

Tegas Erra, tip dan perkongsian itu dibuat sewaktu Shahir awal-awal melahirkan hasrat untuk menyertai AF Megastar yang bersiaran setiap Ahad di Astro Ria sejak 3 September lalu.

Begitupun, tanggungjawab untuk menguruskan Shahir sekarang diserahkan bulat-bulat kepada syarikat pengurusan Indigital Sdn Bhd.

Cuma ada beberapa kali Shahir merujuk kepada Erra dan sebagai teman, sudah tentu pelakon jelita itu berusaha untuk membantu sekadar termampu.

Kalau hendak diikutkan daripada penjelasan Erra kepada teman Cik Pang ini, boleh dikatakan banyak jugalah tip yang dikongsikan.

Bertuah juga Shahir kerana apabila dia membuat keputusan untuk kembali aktif dan mempertandingkan bakatnya kembali dalam program AF Megastar, ada orang membantu memberikan sokongan juga panduan. Apatah lagi ia datang daripada temannya seorang penggiat lama dan punya banyak pengalaman.

The post Tip Erra untuk Shahir appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Tip Erra untuk Shahir

Sekianlah artikel Tip Erra untuk Shahir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tip Erra untuk Shahir dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/09/tip-erra-untuk-shahir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :