Pengajian Tertangguh Bukan Sebab Bercinta

Pengajian Tertangguh Bukan Sebab Bercinta - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengajian Tertangguh Bukan Sebab Bercinta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengajian Tertangguh Bukan Sebab Bercinta
link : Pengajian Tertangguh Bukan Sebab Bercinta

Baca juga


Pengajian Tertangguh Bukan Sebab Bercinta

Penyanyi Sufian Suhaimi, 25, menjelaskan hubungan cintanya dengan Elfira Loy tiada kaitan dengan penangguhan pengajiannya sebelum ini sebaliknya dek kerana tuntutan kerjaya seninya.

Menurut Sufian, dia sudah menyambung semula pengajiannya dan dalam proses menyiapkan tesis yang masih berbaki sebanyak dua bab lagi.

“Tangguh pengajian bukan sebab bercinta tetapi tuntutan kerjaya yang menyebabkan saya tidak dapat menghabiskan pengajian pada semester lepas.

“Tapi sekarang saya dalam proses menyiapkan tesis saya. Tiga bab sudah selesai dan tinggal lagi dua,” kata penuntut jurusan Komunikasi Massa peringkat ijazah sarjanah Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini.

Sufian berkata demikian ketika ditemui pada majlis ulang tahun ke-10 dan pembukaan cawangan terbaharu Restoran Seoul Garden di Melawati Mall, pada Rabu.

Dalam pada itu, penyanyi yang mula popular menerusi lagu Terakhir ini mengesahkan dia bakal mengikat tali pertunangan dengan Elfira pada 6 Oktober depan.

Majlis tersebut akan berlangsung di kediaman keluarga aktres itu bertempat di Cheras, Kuala Lumpur.

“Insya-Allah, kami akan bertunang pada 6 Oktober dan mungkin tahun depan akan melangsungkan perkahwinan. Saya tidak mahu meletakkan tempoh berapa lama bertunang kerana ia akan memberi tekanan. Lebih cepat (berkahwin), lagi bagus.

“Kalau ditakdirkan jodoh kami dalam tempoh terdekat, kami akan melangsungkan majlis perkahwinan,” tuturnya sambil tersenyum.

Ditanya mengenai sejauh mana persediannya bakal bergelar tunangan orang, Sufian mengakui ujian sepanjang tempoh pertunangan lebih kuat namun berharap peminat sentiasa berdoa agar jodohnya dengan Elfira berpanjangan sehingga ke jenjang pelamin.

“Ramai cakap ujian ketika bertunang cukup kuat. Tapi sebenarnya ketika merisik pun saya sudah menerima pelbagai kritikan netizen hingga agak tertekan.

“Namun, saya ambil semua itu dengan positif. Saya cuba hadapinya dengan sabar kerana tahu ujian dalam tempoh pertunangan lebih mencabar,” katanya.

Mengenai perkembangan kerjaya pula, Sufian kini mempertaruhkan single ketiganya bertajuk Terasa Ada. Selain itu, dia juga dalam proses menyiapkan album mini.

The post Pengajian Tertangguh Bukan Sebab Bercinta appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Pengajian Tertangguh Bukan Sebab Bercinta

Sekianlah artikel Pengajian Tertangguh Bukan Sebab Bercinta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengajian Tertangguh Bukan Sebab Bercinta dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/09/pengajian-tertangguh-bukan-sebab.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :