Nora, Nedim Teruja Bakal Timang Anak Sulung

Nora, Nedim Teruja Bakal Timang Anak Sulung - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nora, Nedim Teruja Bakal Timang Anak Sulung, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nora, Nedim Teruja Bakal Timang Anak Sulung
link : Nora, Nedim Teruja Bakal Timang Anak Sulung

Baca juga


Nora, Nedim Teruja Bakal Timang Anak Sulung

Selepas lima bulan mendirikan rumah tangga, pasangan Nora Danish dan Nedim Nazri bersyukur beroleh kebahagiaan berganda kerana mereka bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Aktres jelita itu sendiri mengesahkan dia kini sedang hamil tiga bulan. Memandangkan kandungannya masih di peringkat awal justeru dia memperlahankan aktiviti seni buat sementara waktu.

“Saya gembira dengan berita ini, …suami lagilah bertambah teruja. Cuma pada peringkat awal dan atas nasihat doktor, saya tidak boleh terburu-buru.

“Pada usia saya sekarang, apa saja boleh terjadi. Saya kena lebih berhati-hati dan atas nasihat doktor serta suami, kerja seni terpaksa diperlahankan.

“Tumpuan saya sekarang lebih kepada menjaga kandungan dalam perut ini,” katanya seperti yang dilaporkan BH online.

Sebelum ini, timul tanda tanya mengenai kehamilan bintang Polis Evo itu selepas melihat foto Nora menghadiri majlis pernikahan teman baik dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran Engku Zainal Abidin yang dikongsi di laman sosial. Gambar itu jelas menampakkan Nora sedikit berisi dengan tanda baby bump.

Tambah Nora, dia juga gembia kerana hasrat anaknya, Rayqal yang mahukan adik akhirnya termakbul.

“Sekalipun saya dan suami sudah mempunyai pengalaman memiliki anak, keterujaan itu jadi berbeza. Malah, ini menjadi tanda cinta saya dan suami.

“Nampaknya impian Rayqal hendak ada adik akhirnya dipermudahkan. Sebelum ini pun, dialah yang begitu mahu saya berikan adik,” katanya.

Nora, 35, yang memiliki seorang anak daripada perkahwinan lalu, Putra Rayqal Rizal Ashram, bernikah dengan Nedim pada 30 Mac lalu.

The post Nora, Nedim Teruja Bakal Timang Anak Sulung appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Nora, Nedim Teruja Bakal Timang Anak Sulung

Sekianlah artikel Nora, Nedim Teruja Bakal Timang Anak Sulung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nora, Nedim Teruja Bakal Timang Anak Sulung dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/09/nora-nedim-teruja-bakal-timang-anak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :