“Menyanyi Bukan Kerana Noraniza Idris”

“Menyanyi Bukan Kerana Noraniza Idris” - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Menyanyi Bukan Kerana Noraniza Idris”, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Menyanyi Bukan Kerana Noraniza Idris”
link : “Menyanyi Bukan Kerana Noraniza Idris”

Baca juga


“Menyanyi Bukan Kerana Noraniza Idris”

ANAK kepada penyanyi Noraniza Idris iaitu Fee Haiqal menegaskan dia tidak menggunakan nama ibunya untuk berada dalam industri muzik tanah air.

Fee atau nama sebenarnya Mohd Alfeeq Haiqal Mohammad Fauzi, 24, berkata kehadiran dia di dalam industri ini sekadar memenuhi hobinya sahaja.

“Saya tidak pernah menggunakan nama ibu sebagai batu loncatan untuk berada dalam industri muzik ini.
“Apa yang saya lakukan ini adalah kerana hobi dan minat pada muzik. Bukan kerana saya anak kepada Noraniza Idris.

“Bagi saya, jika satu hari nanti saya tidak berjaya dalam bidang ini tak akan rasa kecewa sebab ia sekadar hobi,” kata Fee.

Fee ditemui ketika majlis pelancaran single terbaru berjudul Aku Mencari di restoran Trust Issue, Cheras pada 8 September lalu.

Dalam pada itu, Fee yang bekerja sebagai jurulatih peribadi di sebuah pusat kecergasan masih mengutamakan bidang tersebut biarpun dalam masa yang sama mahu mengembangkan karier sebagai penyanyi.

“Buat masa ini saya fokus pada bidang nyanyian terlebih dahulu. Tapi masih utamakan karier sebagai jurulatih peribadi.

“Lagipun saya hanya buat separuh masa sahaja. Kalau ikutkan kerjaya sebagai penyanyi ini saya lakukan sepenuh masa,” ujarnya.

Tambah Fee lagi, dia akan mengeluarkan single setiap selang dua tau tiga bulan supaya lagunya sentiasa ada di dalam industri muzik.

“Insya-Allah saya sudah ada lagu seterusnya untuk dilancarkan. Mungkin dalam masa dua atau tiga bulan lagi akan ada lagu baru keluar.

“Sekarang ini saya fokus untuk mempromosikan lagu Aku Mencari terlebih dahulu,” katanya.

The post “Menyanyi Bukan Kerana Noraniza Idris” appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel “Menyanyi Bukan Kerana Noraniza Idris”

Sekianlah artikel “Menyanyi Bukan Kerana Noraniza Idris” kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Menyanyi Bukan Kerana Noraniza Idris” dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/09/menyanyi-bukan-kerana-noraniza-idris.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :