Judul : Mahadzir Lokman kritikal di PPUM
link : Mahadzir Lokman kritikal di PPUM
Mahadzir Lokman kritikal di PPUM
Pengacara dan personaliti televisyen popular, Datuk Mahadzir Lokman kini berada dalam keadaan kritikal dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.
Anak saudaranya, Mustaffa Khair Johari, ketika dihubungi Bernama berkata Mahadzir, 60, dibawa ke hospital awal pagi tadi setelah anggota keluarganya mendapati beliau tidak sedarkan diri.
“Pada mulanya beliau hanya mengadu sakit kepala dan kita telah beri panadol untuk dia, tetapi keadaan beliau semakin teruk dan telah tidak sedarkan diri sejak pagi tadi,” katanya.
Menurut Mustaffa, pemeriksaan awal mendapati masalah ini mungkin berpunca daripada komplikasi buah pinggang dan paru-paru.
“Sebelum ini memang kita tahu yang beliau menghidap diabetes dan darah tinggi, tetapi beliau tidak pernah sakit teruk seperti ini sebelum ini, dan ini merupakan kali pertama saya melihat beliau dalam keadaan macam ini. Mungkin faktor tekanan kerja,” katanya.
Beliau turut meminta mana-mana pihak yang mengenali Mahadzir supaya mendoakan bapa saudaranya itu dan dipermudahkan urusan ketika sedang sakit ini.
The post Mahadzir Lokman kritikal di PPUM appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Mahadzir Lokman kritikal di PPUM
Anda sekarang membaca artikel Mahadzir Lokman kritikal di PPUM dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/09/mahadzir-lokman-kritikal-di-ppum.html