Lalui pelbagai cabaran, Osman Ali puas hati

Lalui pelbagai cabaran, Osman Ali puas hati - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lalui pelbagai cabaran, Osman Ali puas hati, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lalui pelbagai cabaran, Osman Ali puas hati
link : Lalui pelbagai cabaran, Osman Ali puas hati

Baca juga


Lalui pelbagai cabaran, Osman Ali puas hati

APABILA tiga hati mengarai cinta sejati, sejauh manakah satu jiwa mampu bertahan? Pinjamkan Hatiku, sebuah filem terbaru arahan sutradara tersohor, Osman Ali, menampilkan jalan cerita yang berbeza.

Ditunjangi tiga pelakon hebat, Ayda Jebat, Shaheizy Sam dan Farid Kamil, Pinjamkan Hatiku bakal memberi rona baru terhadap corak penceritaan kisah cinta.

Berkongsi pembikinan filem terbarunya ini, Osman berkata, dia bersama kru serta pelakon terpaksa mengharungi pelbagai  cabaran.

“Dalam penggambaran 45 hari itu, kami terpaksa memasuki hutan dan memanjat bukit seawal jam 4 pagi bagi merakamkan pelangi sebenar di Air Terjun Pelangi.Insiden yang paling saya tak boleh lupa apabila bot terbalik ketika penggambaran di sebuah sungai dan ada kru ketika itu tidak pandai berenang.

Bukan itu saja, katanya Ayda jebat dan pelakon lain juga mengalami kecederaan ketika penggambaran dan seorang kru audio meninggal dunia dalam satu kemalangan ketika dalam proses menyudahkan penggambaran filem ini.

Bagaimanapun, Osman bersyukur kerana semua kru dan pelakon memberi komitmen yang sangat baik.

Tambah Osman, biarpun diduga dengan ujian tidak terjangka, dia sangat berpuas hati dan bersyukur hasil karyanya kali ini.

“Saya sangat berpuas hati dan tersentuh dengan jalan ceritanya.

“Alhamdulillah istimewanya filem ini apabila saya berjaya mendapatkan beberapa lokasi unik di beberapa negeri di Semenanjung yang jarang dipotretkan di dalam filem dan ada beberapa lokasi yang orang luar juga tidak berapa familiar.

“Ia secara tidak lansung akan menjadi tarikan untuk filem kali ini. katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran runut bunyi dan trailer filem tersebut, di Redbox pusat membeli belah The Garden, baru-baru ini.

Elak jadi mangsa

Sementara itu,  mengulas kebocoran filem Kau Yang Satu yang menjadi mangsa cetak rompak selepas seminggu ditayangkan, Osman mengakui kecewa dengan perkara itu.

Bagaimanapun dia sudah mengambil langkah awal dan yakin kejadian sama tidak berulang ke atas filem terbarunya ini.

Menurut Osman, selepas insiden itu, pihak berwajib telah menubuhkan satu badan bagi memantau sekali gus membanteras kegiatan tersebut.

“Saya mengambil langkah memaparkan satu notis amaran keras dan memaklumkan tindakan undang-undang akan diambil jika ada pihak cuba melakukan rakaman secara haram setiap kali di awal tayangan.

“Pihak saya juga akan sentiasa berwaspada dan pastikan perkara sebegitu tidak akan berulang lagi,” tegasnya.

Filem terbitan terbitan Aurawhite Global Sdn Bhd ini  mengisahkan gadis bernama Laila Safitri, penulis novel yang pulang ke kampung untuk menyudahkan novelnya kali ini.

Kepulangannya ke kampung membawa Laila bertemu dengan rakan-rakan ketika zaman persekolahan, termasuklah Naufal, rakan yang suka menyakatnya suatu ketika dahulu.

Tanpa disedari timbul bibit-bibit cinta antara Laila dan Naufal. Sehinggalah hadir Dr Hasnan yang telah mengubah segala corak cerita cinta Laila dan Naufal.

Mampukah Dr Hasnan memaut hati Laila sedangkan hati Naufal ada pada Laila? Saksikan jawapannya 30 November ini.

The post Lalui pelbagai cabaran, Osman Ali puas hati appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Lalui pelbagai cabaran, Osman Ali puas hati

Sekianlah artikel Lalui pelbagai cabaran, Osman Ali puas hati kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lalui pelbagai cabaran, Osman Ali puas hati dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/09/lalui-pelbagai-cabaran-osman-ali-puas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :