Lagu kempen ‘jangan buli’

Lagu kempen ‘jangan buli’ - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lagu kempen ‘jangan buli’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lagu kempen ‘jangan buli’
link : Lagu kempen ‘jangan buli’

Baca juga


Lagu kempen ‘jangan buli’

RENTETAN beberapa kes buli yang menggemparkan tanah air baru-baru ini, Astro menerusi rangkaian saluran Melayu mengambil inisiatif menerbitkan lagu kempen Anti Buli.

Pengurus Saluran Astro Prima, Natasha Hashim, berkata, lagu kempen ini bakal dilancarkan awal bulan depan serentak di semua program Melayu di Astro.

“Lagu ini bukan digunakan sekali saja tetapi sampai bila-bila. Apa yang diharapkan, lagu ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan kesan buli terhadap mangsa.

“Bagi rangkaian saluran Melayu, kami memilih menghasilkan lagu ini. Sementara rangkaian lain dengan pendekatan berbeza. Pun begitu, matlamat kami sama iaitu membanteras dan menghentikan aktiviti buli dalam kalangan masyarakat,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Natasha, pihak Astro sepakat memilih penyanyi Syamel dan Marsha bagi menyanyikan lagu ciptaan Edry Abdul Halim.

Selain lagu itu, Astro turut merancang beberapa inisiatif lagi bagi menjayakan kempen ini.

“Kami juga turut merakamkan suara selebriti yang bercakap mengenai kempen ini. Suara mereka itu digabungkan menjadi satu menerusi segmen ‘vox pop’ berdurasi 30 saat.

“Tidak ketinggalan kami bakal menerbitkan dua filem pendek membabitkan buli siber dan buli di tempat kerja. Bagi saya, masih banyak pihak yang kurang peka terhadap dua jenis buli ini.

“Kami turut menghasilkan dokumentari yang mengupas isu buli. Ia akan disiarkan di semua saluran media sosial Astro,€ katanya.

Lagu Anti Buli ini juga bakal dipersembahkan pada konsert AF Megastar.

The post Lagu kempen ‘jangan buli’ appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Lagu kempen ‘jangan buli’

Sekianlah artikel Lagu kempen ‘jangan buli’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lagu kempen ‘jangan buli’ dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/09/lagu-kempen-jangan-buli.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :