Kumin KU2 fokus kerja belakang tabir

Kumin KU2 fokus kerja belakang tabir - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kumin KU2 fokus kerja belakang tabir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kumin KU2 fokus kerja belakang tabir
link : Kumin KU2 fokus kerja belakang tabir

Baca juga


Kumin KU2 fokus kerja belakang tabir

PERNAH mengecap populariti sebagai penyanyi, namun minat Khurzaimi Ismail lebih berfokus pada kerja-kerja di belakang tabir.

Bahkan, tanpa sedar, anak jati Negeri Sembilan ini sudah terlibat dalam dunia produksi sejak lebih 20 tahun lalu.

Khurzaimi atau lebih mesra disapa sebagai Kumin pernah mencipta nama di persada seni melalui kumpulan KU2, sekitar 1990-an.

KU2 turut dianggotai pelakon dan pelawak, Allahyarham Husni Mohd Rawi atau Bob Kuman.

Meskipun berbadan besar, kumpulan ini cemerlang menghasilkan empat album iaitu Motivasi (1994), Evolusi (1997), Album Baru Aku! (1999) dan The Best of KU2 (2001).

“Saya sebenarnya dah terlibat dalam dunia produksi sejak jadi penyanyi lagi.

“Dulu-dulu, saya selalu free pada hujung minggu. Ketika itu, saya lebih senang untuk terlibat pada kerja-kerja di belakang tabir.

“Arwah Bob pula lebih ke hadapan dalam bidang nyanyian,” katanya pada Media Hiburan.

Jadi pengurus produksi

Selesa menggalas tugas sebagai pengurus produksi, Kumin ternyata tidak mensia-siakan kelebihannya sebagai selebriti.

Tambahan pula, katanya, tugasnya itu memerlukannya untuk merancang dan menguruskan perjalanan keseluruhan produksi.

“Kerja saya bermula daripada A sampai Z serta merupakan individu ketiga penting selepas penerbit dan pengarah.

“Tanggungjawabnya bermula daripada menyediakan kertas kerja (proposal), mengenal pasti skrip, menyediakan dan mengawal anggaran perbelanjaan produksi, melantik, menyelia serta menjaga kebajikan semua tenaga kerja produksi.

“Sekurang-kurangnya, gelaran selebriti memudahkan saya untuk mencari pelbagai contact (ketawa),” katanya.

Rentetan itu, lelaki berusia 46 tahun ini sangat berprinsip dalam melaksanakan tugasnya.

“Saya sangat tegas dalam soal call time. Saya bukan cerewet, tapi saya sangat straight dalam kerja.

“Tapi, hari ini orang anggap call time sebagai main-main, sedangkan ia mustahak bagi melancarkan shooting.

“Kalau orang langgar call time, saya tak akan marah, tapi saya akan menyanyi di telinganya dan bagi teguran sinis (ketawa).

“Saya juga tak akan mulakan shooting sekiranya tak dapat skrip penuh.

“Bagi saya, pengurus produksi wajib baca skrip untuk dapatkan semua gambaran mengenai shooting tersebut.

“Kalau tak baca skrip, macam mana nak lepaskan bajet?,” katanya.

The post Kumin KU2 fokus kerja belakang tabir appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kumin KU2 fokus kerja belakang tabir

Sekianlah artikel Kumin KU2 fokus kerja belakang tabir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kumin KU2 fokus kerja belakang tabir dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/09/kumin-ku2-fokus-kerja-belakang-tabir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :