Judul : G Dragon Mahu Hidup Sebagai Kwon Ji Yong
link : G Dragon Mahu Hidup Sebagai Kwon Ji Yong
G Dragon Mahu Hidup Sebagai Kwon Ji Yong
Sementara kumpulan Big Bang sekarang ini tengah ‘berehat’ dan menanti giliran masing-masing untuk menjalani latihan ketenteraan, G-Dragon (GD) kembali menerusi projek solo dan album terbaharu bertajuk Kwon Ji Yong (juga adalah nama sebenarnya).
Bagi VIPs (gelaran untuk peminat BigBang), G-Dragon dan Kwon Ji Yong adalah orang yang sama. Tetapi penghibur berusia 29 tahun ini mengungkap, ‘mereka’ adalah individu yang punya personalti berbeza.
Dan pada konsertnya yang diberi nama Act III: M.O.T.T.E World Tour in Kuala Lumpur yang berlangsung di stadium Merdeka pada Ahad lalu, bintang yang sinonim dengan gelaran raja KPop dan ikon fesyen dunia ini membawa peminat tanah air mengenali dengan lebih dekat dan lebih personal tentang Kwon Ji Yong.
..
Ini merupakan konsert solo kedua GD selepas ‘G-Dragon 2013 World Tour: One Of A Kind in Malaysia’ yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada tahun 2013.
Disaksikan kira-kira 10,000 penonton, konsert bermula kira-kira jam 8.25 malam. Sebagai pembuka tirai, ketua BigBang itu membawa peminat ke dalam suasana klasik. Diiringi kumpulan pemuzik live, dia tampil dengan deretan lagu hits terbesarnya seperti Heartbreaker, Breathe, A Boy dan Obsession.
Dipertengahan konsert, hujan renyai namun tidak menghalang GD terus ‘mengiler’ di pentas. Apatah lagi para peminat yang terus bersorak tanda mereka mahu sambung berhibur walaupun dalam kebasahan. Antara lagu yang didendangkan GD seperti Go Michigio, One Of The Kind, R.O.D, That XX dan Black. Dalam pada itu, pihak penganjur bertindak mengedarkan baju hujan kepada para penonton.
Meskipun hujan, suasana tetap hangat. Lebih terasa apabila penyanyi cantik, Sandra Park muncul di pentas dan berduet dengan GD menerusi lagu Missing You dan Hello.
..
“Apa khabar Malaysia. Saya Dara. Sebelum ini kami berduet bersama di konsert GD di Filipina dan kali ini saya di sini. Saya teruja dapat kembali semula ke sini dan bertemu dengan anda semua,” kata Dara yang mengambil peluang menyapa peminat sejurus usai nyanyian.
“Dia seorang yang sangat sibuk tetapi dia tetap sudi datang ke sini dan saya sangat menghargainya. Terima kasih,” celah GD yang menyatakan penghargaannya atas kehadiran sahabatnya itu. Sebelum, Dara dan GD pernah digosipkan bercinta namun kedua-duanya tidak pernah memberi apa-apa kenyataan terhadap khabar tersebut.
Berbalik pada kehangatan konsert, di segmen kedua, dipaparkan sebuah video istimewa dan menyentuh perasaan para peminat apabila teman rapat, mentor-mentor dan ahli keluarga bercakap mengenai sejauh mana mereka mengenali G-Dragon.
..
Kemudian, giliran jejaka yang pernah disenaraikan oleh Forbes sebagai “Most Hardworking Idol” ini pula bercerita kepada peminat tentang siapa dirinya dan saat-saat dia berusaha keras mencari tapak dan membina nama di persada muzik sebagai G-Dragon dan Kwon Ji Yong.
“Hi semua, saya Kwon Ji Yong. Ramai yang mengenali saya sebagai GD. Sebab itu juga saya sebenarnya susah mahu memperkenalkan diri saya kepada anda semua. Saya, anak kepada seseorang, sahabat kepada seseorang, cinta atau mungkin artis kegemaran ramai atau seorang selebriti.
“Saya mungkin dilihat mempunyai sebuah kehidupan yang sangat bagus. Saya sendiri tidak pasti siapa diri saya sebenarnya. Saya selalu berusaha keras untuk kelihatan bagus seperti GD. Berpenampilan seperti GD tapi hakikatnya, ia sangat sukar bagi saya untuk melakukannya. Saya masih tidak ada keberanian.
“Tetapi, pada saat dan ketika ini setidak-tidaknya saya mahu lebih jujur, saya mahu menunjukkan kepada anda semua siapa Kwon Ji Yong. Saya harap saya boleh terus menjadi seorang yang terus bersinar. Saya hidup sebagai GD selama ini tetapi mulai sekarang saya mahu menjadi Kwon Ji Yong, ” tuturnya.
“Saya tidak tahu apa yang kamu semua mahu tapi saya sudah tunjukkan kepada kamu tentang semuanya. Siapa saya pada kamu semua? soalnya lantas peminat membalas dengan sorakan menyebut namanya, “Kwon Ji Yong”!
Selepas itu, dia kembali menghiburkan peminat dengan lagu seperti, Who You, Superstar, Crayon, Today, Middle Finger Up, Bullshit, Divina Commedia. Segmen akhir, dia muncul kembali bersama Dara mendendangkan lagu Crooked. GD mengakhiri konsertnya degan lagu sentimental penuh emosi, Untittled, 2014 kira-kira jam 10.30 malam.
Kesimpulannya, konsert ini membawa peminat mendekati kisah Kwon Ji Yong yang menjalani kehidupan dalam dunia glamor. Bergelar anak seni seawal usia lima tahun, dia memulakan kariernya sebagai salah seorang ahli kumpulan Little Roo’ra kemudian bergelar ‘trainee’ selama enam tahun sehinggalah dipilih memimpin BigBang sejak tahun 2006.
Kini selepas hampir dua dekad mengecap populariti, dia bukan saja dihormati dikalangan di artis di Korea malah dianggap sebagai penghibur berkarisma, genius, revolusi, ikon muzik dan fesyen dunia.
Dianjurkan oleh IME Production, Malaysia menjadi negara yang kelapan dalam rangka jelajah Asia kali ini selepas Korea, Macau, Singapura, Thailand, Hong Kong, Filipina dan Indonesia.
Terdahulu, GD meneruskan konsertnya di Australia, New Zealand seterusnya di beberapa negara di Amerika Syarikat dan di Kanada.
Selepas ini dia dijadualkan beraksi di Jepun seterusnya di beberapa buah negara di Eropah. Siri konsert jelajah Act III: M.O.T.T.E World Tour akan berakhir di Taiwan pada Oktober depan.
The post G Dragon Mahu Hidup Sebagai Kwon Ji Yong appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel G Dragon Mahu Hidup Sebagai Kwon Ji Yong
Anda sekarang membaca artikel G Dragon Mahu Hidup Sebagai Kwon Ji Yong dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/09/g-dragon-mahu-hidup-sebagai-kwon-ji-yong.html