Judul : Fikri Rafezin Artis Kampung Dari Terengganu
link : Fikri Rafezin Artis Kampung Dari Terengganu
Fikri Rafezin Artis Kampung Dari Terengganu
PENYANYI baharu, Fikri Rafezin yang tampil dengan single pertama berjudul Jangan Kau Bersedih tidak hirau sekiranya dia digelar sebagai artis kampung.
Fikri yang berasal dari Terengganu berkata gelaran tersebut tidak menjadi penghalang untuk dia meneruskan kerjaya dalam bidang seni.
“Saya tiada masalah dengan label sebegitu, ia tidak sedikit pun menjejaskan kerjaya saya.
“Walaupun saya bertapak di Terengganu, saya masih boleh ke negeri-negeri lain sekiranya ada undangan persembahan,” ujarnya .
Fikri atau nama sebenarnya Muhammad Fikri Bin Rafezin, 22, percaya bakat yang ada mampu membezakan dirinya dari artis-artis lain.
Kata Fikri lagi, walaupun berlaku persaingan sengit dia tetap akan meneruskan kerjaya nyanyiannya.
“Persaingan dengan penyanyi lain bukanlah isu besar, saya percaya dengan kebolehan saya,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Fikri kini sedang fokus dalam rangka promosi single pertamanya.
Lagu ciptaan Zul Azman dan lirik oleh Zara Alhaj itu sudah sebulan dilancarkan dan sehingga kini ditonton lebih 40,000 kali di laman Youtube.
Menurut Fikri, dia memilih lagu berentak balada itu sebagai single pertama kerana ia bersesuaian dengan jiwa dan suaranya.
“Melodi lagu Jangan Kau Bersedih ini sangat unik dan tersendiri,” katanya.
The post Fikri Rafezin Artis Kampung Dari Terengganu appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Fikri Rafezin Artis Kampung Dari Terengganu
Anda sekarang membaca artikel Fikri Rafezin Artis Kampung Dari Terengganu dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/09/fikri-rafezin-artis-kampung-dari_27.html