FFM29 umum Top5 pada malam kemuncak

FFM29 umum Top5 pada malam kemuncak - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul FFM29 umum Top5 pada malam kemuncak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : FFM29 umum Top5 pada malam kemuncak
link : FFM29 umum Top5 pada malam kemuncak

Baca juga


FFM29 umum Top5 pada malam kemuncak

MALAM kemuncak Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM27) yang bakal mengumpulkan seluruh pengkarya dan penggiat filem akan berlangsung pada 23 September depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Menyaksikan pencalonan 53 filem cereka membabitkan 41 filem Melayu, enam filem Mandarin, lima Tamil dan sebuah filem berbahasa Inggeris untuk merebut 24 anugerah yang dipertandingkan kali ini.

Setiap filem yang bertanding melalui dua peringkat penjurian iaitu peringkat awal yang bermula dari 4 hingga 11 September dan peringkat kedua pada 12 hingga 19 September 2017.

FFM29 yang bertemakan Transformasi Citra Karya kali ini menampilkan perbezaan berbanding tahun sebelumnya apabila hanya lima finalis diumumkan bagi setiap kategori pada malam kemuncak anugerah untuk bagi meraikan karyawan industri.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) selaku penganjur kali ini turut memansuhkan kategori Filem Terbaik Kebangsaan dan Filem Terbaik Malaysia yang diperkenalkan pada FFM28 tahun lalu sehingga mencetuskan kontroversi.

Ketua Pengarah Finas, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk FFM29,  Datuk Fauzi Ayob berkata, hanya satu kategori iaitu Filem Terbaik sahaja yang digunakan untuk mengangkat naskhah terbaik sebagai pemenang tanpa pembahagian kategori bahasa sebagaimana tahun lalu.

“Kami mengambil keputusan memansuhkan kategori itu bagi mengelakkan kontroversi dan semua bertanding diadili menerusi satu kategori sahaja,” ujarnya di Majlis Sidang Media FFM29 di Park Royal Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Menurut Fauzi lagi, bagi menjadikan FFM29 ini sebagai medan terbaik menghargai setiap usaha karyawan baik di depan mahupun belakang tabir, pengasingan kategori-kategori teknikal yang sebelum ini berlangsung pada malam perasmian juga akan disatukan pada malam kemuncak.

“Pada edisi yang lalu, FFM diadakan dua malam dengan mengasingkan Anugerah Utama dan kategori teknikal, namun kali ini semua 24 anugerah akan disampaikan pada satu malam sahaja iaitu di malam kemuncak.

“Mekanisma ini digunakan untuk menghargai usaha semua di depan mahupun belakang tabir yang bekerja untuk mendapatkan kualiti kerja terbaik.

“Tumpuan pengiktirafan kali ini diberikan lebih kepada filem cereka sahaja di mana pengiktirafan untuk karya animasi dan filem pendek akan dipertandingkan dalam platform lain yang lebih bersesuaian,” katanya.

Acara malam kemuncak akan diterajui Zizan Razak selain Nabila Huda, Elizabeth Tan dan Thanuja sebagai pengacara bersama.

Sementara barisan selebriti dan penggiat seni tanah air turut terlibat sebagai penyampai trofi terdiri daripada Nasha Aziz, Faizah Hussien, Puan Sri Tiara Jacquelina, Osman Ali, Vanidah Imran, Datuk Norman Abd Halim, Remy Ishak, Nora Danish, Fattah Amin dan lain-lain. 

Malam anugerah ini juga bakal diserikan dengan persembahan artis popular seperti Salamiah Hassan, Atilia, KRU, Akim & The Majistret, UNIC, Mirwana serta Shiha Zikir.

Selain tumpuan malam kemuncak, FFM turut mengadakan beberapa program dan acara sampingan berkaitan industri filem dengan kerjasama sembilan persatuan perfileman, selain Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) yang menjadi rakan promosi.

FFM29 bermula secara rasminya pada 14 September lalu dengan program Imbas Kembali dan Layar Bintanng bagi mengangkat perjuangan tokoh perfileman terkenal, Tan Sri Datuk Jins Shamsudin selain program Masterclass: Inetrnational American Society of Cinematographers, Bicara Sutradara Asi: Asia Director Talk dan sebagainya.

The post FFM29 umum Top5 pada malam kemuncak appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel FFM29 umum Top5 pada malam kemuncak

Sekianlah artikel FFM29 umum Top5 pada malam kemuncak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel FFM29 umum Top5 pada malam kemuncak dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/09/ffm29-umum-top5-pada-malam-kemuncak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :