Judul : Bukan Pertikai Tentang Hal Mati Syahid
link : Bukan Pertikai Tentang Hal Mati Syahid
Bukan Pertikai Tentang Hal Mati Syahid
Berhubung luahannya di laman Twitter miliknya baru-baru ini mengenai isu mati syahid Minggu lalu, pengacara Nazrudin Habibur Rahman atau Naz memohon maaf andai kenyataannya menimbulkan perasaan kurang senang netizen.
Jelas pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan Ini, apa yang diluahkannya itu bukan untuk mempertikaikan kenyataan ‘mati syahid’ tersebut. Sebaliknya, dia mahu pihak yang menguruskan pusat pendidikan mengutamakan keselamatan pelajar dan tidak terlalu mudah memberi alasan bagi menutup sesuatu kejadian.
“Ini bukan kali pertama berlaku, sudah banyak kes kebakaran asrama yang membabitkan kematian kanak-kanak.
“Saya bukan menafikan tentang hal mati syahid tetapi saya mempertikaikan tentang keselamatan yang sepatutnya dititikberatkan.
“Sampai bila kita mahu menerima alasan yang sama apabila ia membabitkan kematian,” katanya seperti yang dilaporkan mStar Online.
Menerusi akaun Twitter @nazrudinrahman, dia ada menulis ‘Mati syahid? What a bangsat cop out answer. Tell me something I don’t know’.
..
Postingnya itu mendapat hampir 6,000 retweet dan ratusan komen daripada pengikut.
Naz berharap kenyataannya itu mampu membuka mata ramai pihak terutama pihak berkuasa mengenai keselamatan pusat pendidikan.
The post Bukan Pertikai Tentang Hal Mati Syahid appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Bukan Pertikai Tentang Hal Mati Syahid
Anda sekarang membaca artikel Bukan Pertikai Tentang Hal Mati Syahid dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/09/bukan-pertikai-tentang-hal-mati-syahid.html