Azmir masuk hospital muntah teruk

Azmir masuk hospital muntah teruk - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmir masuk hospital muntah teruk, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmir masuk hospital muntah teruk
link : Azmir masuk hospital muntah teruk

Baca juga


Azmir masuk hospital muntah teruk

PENYANYI Azmir Arif dikejarkan ke Pusat Perubatan Jerudong Park, Brunei Darussalam selepas beberapa kali muntah sebaik selesai membuat persembahan.

Azmir yang diundang menjayakan persembahan di Brunei sempena sambutan hari jadi salah seorang kerabat diraja semalam, pada peringkat awal mengalami masalah sakit perut.

Pengurusnya, Nazir Abdul Razak ketika dihubungi berkata, Azmir mula rasa tidak sedap badan petang semalam, sebelum persembahan bermula.

“Waktu itu dia memberitahu saya berasa sakit perut. Saya katakan kepadanya kalau tidak sihat kita boleh beritahu penganjur yang dia tidak sihat dan tidak perlu menyanyi.

“Bagaimanapun Azmir berkeras untuk menyanyi juga malam itu seperti yang dijanjikan dengan penganjur, walaupun pada malam itu badannya mula terasa lemah,” katanya.

Jelas Nazir, sepanjang berada di pentas tidak ada perkara buruk berlaku dan Azmir mampu bertahan sehingga nyanyian tamat.

“Sebaik dia selesai menyanyi, Azmir terus berlari ke tandas dan muntah. Keadaannya agak serius apabila muntah tanpa henti. Disebabkan itu, saya dan penganjur terus membawanya ke Pusat Perubatan Jerudong Park,” katanya.

Sebaik tiba ke pusat perubatan terbabit, doktor menahannya dan mengesahkan Azmir mengalami demam panas dan kehilangan banyak air dalam badan.

Kata Nazir lagi, sepatutnya malam ini Azmir dijadualkan akan mengadakan satu lagi persembahan, bagaimanapun keadaannya masih lagi belum pulih sepenuhnya.

The post Azmir masuk hospital muntah teruk appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Azmir masuk hospital muntah teruk

Sekianlah artikel Azmir masuk hospital muntah teruk kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azmir masuk hospital muntah teruk dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/09/azmir-masuk-hospital-muntah-teruk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :