53 filem berentap

53 filem berentap - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 53 filem berentap, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 53 filem berentap
link : 53 filem berentap

Baca juga


53 filem berentap

LIMA puluh tiga filem dipertandingkan dalam Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) yang bakal berlangsung pada 23 September ini.

Ia terdiri daripada 41 filem berbahasa Malaysia, enam (Mandarin), lima (Tamil) dan satu (Inggeris).

Antara filem yang bertanding adalah Redha, Temuan Takdir, Sindiket, Aliff Dalam 7 Dimensi dan banyak lagi.

Selain itu, FFM29 turut mempertaruhkan 24 kategori yang terdiri daripada 18 kategori bertanding, manakala enam daripadanya anugerah yang tidak dipertandingkan dengan lima finalis sebaliknya dipilih khas oleh juri.

Bertemakan Transformasi Citra Karya, FFM29 tampil berbeza apabila hanya akan mengumumkan lima finalis bagi setiap kategori pada malam anugerah.

Ketua Pengarah Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk FFM29, Datuk Fauzi Ayob berkata, penyertaan filem untuk tahun ini lebih terbuka.

“Kali ini lebih terbuka dengan syarat tidak pernah menyertai mana-mana festival filem dan mendapat sijil Lembaga Penapisan Filem (LPF) pada atau sebelum 31 Julai 2017.

“Justeru, ini membuka lebih banyak peluang kepada pihak penerbit bagi menyertai festival filem ini,” katanya.

Tambahnya, fokus utama FFM29 adalah kepada filem-filem cereka.

“Kali ini, fokus pengiktirafan adalah kepada filem cereka selain mengangkat filem animasi, pendek dan cereka di platform lain yang lebih bersesuaian,” katanya.

Malam anugerah FFM29 akan menyaksikan Zizan Razak menggalas tugas sebagai hos utama dan digandingkan dengan tiga lagi artis wanita iaitu Nabila Huda, Elizabeth Tan serta Tanuja.

FFM29 juga akan menyajikan persembahan daripada artis popular antaranya KRU, Aisyah Aziz, Mirwana, UNIC, Salamiah Hassan, Atilia, Shiha Zikir dan Akim & The Majistret.

The post 53 filem berentap appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel 53 filem berentap

Sekianlah artikel 53 filem berentap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 53 filem berentap dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/09/53-filem-berentap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :