Tiga Kereta Kemalangan Serentak, Misteri LPT2 Terbongkar

Tiga Kereta Kemalangan Serentak, Misteri LPT2 Terbongkar - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiga Kereta Kemalangan Serentak, Misteri LPT2 Terbongkar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiga Kereta Kemalangan Serentak, Misteri LPT2 Terbongkar
link : Tiga Kereta Kemalangan Serentak, Misteri LPT2 Terbongkar

Baca juga


Tiga Kereta Kemalangan Serentak, Misteri LPT2 Terbongkar

SERING kali kita dengar tentang kemalangan dan kisah misteri yang berlaku di kawasan Lebuh Raya Pantai Timur. Namun setiap apa yang terjadi sudah ditentukan oleh Illahi.

Seorang pengguna Facebook bernama Muhir Rashid telah berkongsi ‘kejadian hitam’nya yang kemalangan dekat LPT 2, pukul 9:40 malam semalam.

Ketika kejadian, Muhin bersama rakannya yang memandu kereta Produa Alza, sedang dalam perjalanan pulang ke ibu kota dari Kuala Terengganu. Apabila mereka sampai dekat kawasan Rasau, kereta mereka tiba-tiba terlanggar sebuah objek yang kelihatan melintang dekat tengah jalan tersebut.

Kereta yang mereka naiki telah hilang kawalan dan mereka bernasib baik kerana Muhin dapat mengawal kenderaan itu dan kereta dapat diberhentikan.

Seram punya pasal, mereka berdua telah keluar dari kenderaan mereka untuk melihat keadaan kereta dan mengetahui apakah objek tersebut.

Namun tak lama selepas itu, sebuah lagi kereta yang tak sengaja telah melanggar objek yang sama. Pemandu kereta itu hampir terbabas namun dia sempat mengawal kenderaannya semula. Kereta itu berhenti betul-betul di belakang kendera mereka berdua. Syukur tiada sesiapa tercedera.

Misteri tak terhenti dekat situ sahaja. Tiba-tiba sebuah lagi kenderaan Mazda juga mengalami kejadian yang sama. Berderau darah semua yang ada dekat tempat kejadian bila Mazda tersebut membunyikan hon panjang seperti memberi amaran supaya mereka beralih dari situ.

Mana tidaknya, siapa yang tak ‘layan’ bila lalu lebuhraya lurus dan lengang tak banyak kereta kan. Mesti laju je speed

Semua ‘mangsa’ kejadian bersama-sama untuk melihat objek yang telah mereka langgar secara ‘berjemaah’ itu.

Akhirnya misteri itu terjawab apabila mereka dapati ada besi panjang seberat 20 kilogram sedang ‘berbaring’ di tengah jalan raya. Patutlah sampai hilang kawalan semuanya!

Muhin terpaksa memanggil syarikat insurans keretanya untuk mencari lori towing kerana dua tayar keretanya pecah dan spot rim juga kemek dan tak boleh digunakan.

Manakala kereta ‘mangsa’ yang lain hanya menukar tayar kereta mereka sahaja dan berlalu pergi selepas selesai menggantikan tayar.

Tapi yang ‘misterinya’, macam mana besi seberat 20 kilo tu boleh ada dekat tengah jalan? Sedia maklum, LPT2 memang tak menyediakan perkhidmatan towing dan coverage disitu pun kadang ada, kadang tidak. Yang lebih mengecewakan ialah bila pihak peronda lebuhraya hanya melihat keadaan dan tidak membantu apa-apa.

Semoga selepas ini kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi. Kalau haiwan liar yang duduk ‘tersidai’ tengah jalan, kita boleh terima lagi sebab LPT2 merupakan lebuhraya yang sering kali menjadi ‘tumpuan’ haiwan liar.

Diharapkan pihak LPT2 mengambil serius tentang perkara ini. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Loading...


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Tiga Kereta Kemalangan Serentak, Misteri LPT2 Terbongkar

Sekianlah artikel Tiga Kereta Kemalangan Serentak, Misteri LPT2 Terbongkar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiga Kereta Kemalangan Serentak, Misteri LPT2 Terbongkar dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/08/tiga-kereta-kemalangan-serentak-misteri_2.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :