Sekolah Kecoh Gara-Gara Sambal Belacan

Sekolah Kecoh Gara-Gara Sambal Belacan - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sekolah Kecoh Gara-Gara Sambal Belacan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sekolah Kecoh Gara-Gara Sambal Belacan
link : Sekolah Kecoh Gara-Gara Sambal Belacan

Baca juga


Sekolah Kecoh Gara-Gara Sambal Belacan

loading…
Loading…
Sekolah Kecoh Gara-Gara Sambal Belacan:
Gara-gara sambal belacan, sebuah sekolah di Terengganu kecoh dengan gelagat para pelajar yang pertama kali ‘masuk’ dapur.
Sekolah Kecoh Gara-Gara Sambal Belacan

Sekolah Kecoh Gara-Gara Sambal Belacan

Mata masuk habuk boleh ditahan lagi, kalau termasuk cili boleh jadi tak senang duduk kerana pedihnya tidak terkata.
Begitulah antara insiden yang dialami para pelajar di Sekolah Menengah Teknik Terengganu di Kuala Terengganu, petang Selasa.
Guru penasihat kelab dan setiausaha kokurikulum sekolah, Sarassuwati Ali berkata, ia sebenarnya merupakan pertandingan membuat sambal belacan enak antara 15 kelab dan persatuan di mana setiap kumpulan diwakili enam ahli lelaki dan perempuan.
Pelajar lelaki juga tidak terkecuali menumbuk cili.
Beliau berkata, para pelajar diajar untuk menangani cabaran kerana meskipun membuat sambal belacan tu kelihatan mudah, tapi boleh memudaratkan sekiranya tidak berhati-hati.
“Kalau tak cermat tumbuk cili, boleh terpercik pada mata. Ada yang sampai kena cepat-cepat pergi cuci (mata) kat sinki. Jadi, pelajar perlu fokus semasa menumbuk cili.
“Nilai yang diserapkan dalam pertandingan ini adalah semangat kerjasama, persaingan sihat, berusaha untuk menjadi terbaik. Mereka berlumba-lumba nak jadi pemenang,” katanya kepada mStar Online.
Pertandingan itu menyaksikan para pelajar membuat sambal belacan bersama satu juadah sampingan berasaskan ikan dengan tempoh penyediaan selama 45 minit.
Kriteria dan penilaian diambil kira dari segi keenakan rasa, persembahan hidangan, kebersihan semasa proses penyediaan termasuk kerjasama kumpulan.
Antara persembahan hidangan yang disediakan kumpulan pelajar.
Sarassuwati berkata, walaupun kebiasaannya sambal belacan adalah pedas, tetapi ia perlu seimbang dengan masam, masin dan masinnya secukup rasa.
“Dari segi fikizal, memanglah jadi. Kalau tengok, boleh tahulah tu sambal belacan. Tapi dari segi rasa, ada yang okay, ada yang setakat rasa pedas saja.
“Bolehlah nak dimakan, cuma antara sedap dan kurang sedap jelah. Apapun kami sentiasa bersikap positif terhadap pelajar,” katanya sambil menambah pertandingan diadili beberapa guru termasuk pengetua sekolah.
Sebahagian guru dan pelajar pada pertandingan membuat sambal belacan.
Bagaimanapun kata Sarassuwati, pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah hanya akan dibuat semasa perhimpunan rasmi sekolah pada Ahad ini.
Menariknya, terdapat peserta yang selama ini tidak pernah memasak tetapi turut mengambil peranan dalam kerja sepasukan.
“Mereka jadi tukang potong cili, tukang cuci. Tapi impaknya adalah semua pelajar seronok kerana hasil hasil kerja mereka dapat dirasa oleh guru-guru.
“Ia merupakan aktiviti berkumpulan yang menekankan aspek kerjasama. Lagipun, remaja sekarang ramai yang tak makan sambal belacan, apatah lagi membuatnya,” katanya sambil menambah mengenai Sekolah Menengah Teknik Terengganu mempunyai kira-kira 68 guru dan 635 pelajar.
Sumber: Mstar

The post Sekolah Kecoh Gara-Gara Sambal Belacan appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Sekolah Kecoh Gara-Gara Sambal Belacan

Sekianlah artikel Sekolah Kecoh Gara-Gara Sambal Belacan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sekolah Kecoh Gara-Gara Sambal Belacan dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/08/sekolah-kecoh-gara-gara-sambal-belacan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :