Judul : Rabies: Pembatalan pewartaan perlu ikut prosedur, jangan politikkan - MB
link : Rabies: Pembatalan pewartaan perlu ikut prosedur, jangan politikkan - MB
Rabies: Pembatalan pewartaan perlu ikut prosedur, jangan politikkan - MB
Menurut Menteri Besar, ia bukannya perkara main-main kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua pihak, khususnya rakyat di kawasan terbabit, supaya bersabar dan menyerahkan perkara itu kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
"Perkara ini bukan macam kita buka kedai, boleh buka dan tutup sesuka hati, ia melibatkan soal penyakit dan kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Jasamu Dikenang 2017 di sini pada Selasa.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media mengenai desakan supaya pewartaan kawasan rabies itu ditarik balik secepat mungkin bagi memastikan Kuala Sepetang terus menerima kehadiran pelancong.
Beliau juga meminta agar perkara berkenaan tidak dipolitikkan kerana keputusan untuk mewartakan kawasan tersebut kawasan rabies adalah demi kepentingan penduduk.
Zambry percaya, JPV akan membuat penilaian terperinci dan memastikan kawasan tersebut 100 peratus bebas rabies sebelum menarik balik pewartaan itu.
Mukim Matang dalam daerah Larut Matang dan Selama (LMS) diwartakan sebagai kawasan penyakit anjing gila berkuat kuasa 17 Julai lepas setelah seekor anjing mati pada 12 Julai akibat rabies, sembilan hari selepas menggigit dua kanak-kanak perempuan.
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Rabies: Pembatalan pewartaan perlu ikut prosedur, jangan politikkan - MB
Anda sekarang membaca artikel Rabies: Pembatalan pewartaan perlu ikut prosedur, jangan politikkan - MB dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/08/rabies-pembatalan-pewartaan-perlu-ikut.html