Pelajar Kena Liwat Terima Kaunseling

Pelajar Kena Liwat Terima Kaunseling - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelajar Kena Liwat Terima Kaunseling, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelajar Kena Liwat Terima Kaunseling
link : Pelajar Kena Liwat Terima Kaunseling

Baca juga


Pelajar Kena Liwat Terima Kaunseling

IPOH – Unit Kaunseling Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman akan memberi kaunseling kepada beberapa pelajar sebuah sekolah, di sini, yang dipercayai menjadi mangsa cabul dan liwat seorang jurulatih fisioterapi bola sepak sejak Mei tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Datuk Gan Tian Kee, berkata kes berkenaan sudah ditutup selepas suspek ditemui mati dalam keadaan tergantung dipercayai membunuh diri dalam sebuah bilik hotel di bandar raya ini, Selasa lalu.

“Terdapat beberapa pelajar lain yang tampil selepas tiga pelajar membuat laporan, namun saya tidak boleh dedahkan bilangan pelajar berkenaan berikutan kes sudah ditutup.

“Polis memberi bantuan demi masa depan mereka, termasuk untuk mengembalikan keyakinan diri, ” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua JSJ (Risikan dan Operasi) di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada jam 5.40 petang Selasa lalu, lelaki berusia 52 tahun, yang juga suspek kes berkenaan ditemui mati tergantung di dalam bilik hotel, di sini.

Sehari sebelum itu, tiga pelajar sekolah terbabit yang berusia antara 14 tahun dan 15 tahun membuat laporan polis, mendakwa mereka diliwat dan dicabul suspek sejak Mei tahun lalu hingga Mac tahun ini. -BH ONLINE

Loading...


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Pelajar Kena Liwat Terima Kaunseling

Sekianlah artikel Pelajar Kena Liwat Terima Kaunseling kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelajar Kena Liwat Terima Kaunseling dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/08/pelajar-kena-liwat-terima-kaunseling_1.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :