Nampak Bapa Saudara Rentung Atas Katil

Nampak Bapa Saudara Rentung Atas Katil - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nampak Bapa Saudara Rentung Atas Katil, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nampak Bapa Saudara Rentung Atas Katil
link : Nampak Bapa Saudara Rentung Atas Katil

Baca juga


Nampak Bapa Saudara Rentung Atas Katil

LELAKI warga emas rentung selepas katil ditiduri dalam rumahnya di Kampung Perupok, Yan, Kedah, terbakar, hari ini.

Dalam kejadian disedari 8 pagi itu, mayat bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Perupok, Lazim Talib, 80, ditemui rentung di atas katil berkenaan selepas api berjaya dipadamkan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Fauzi Shuaib berkata, pihaknya menerima panggilan pada 8.47 pagi dan lima anggota bersama seorang pegawai dihantar ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba bomba mendapati kebakaran membabitkan sebuah katil dalam rumah dan api berjaya dipadamkan penduduk kampung.

“Kami menemui mayat seorang lelaki di atas katil dan mangsa dikatakan tinggal seorang diri.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Yan untuk bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, anak saudara mangsa, Abd Rahim Ahmad, 50, berkata dia bergegas ke rumah bapa saudaranya itu selepas dimaklumkan mengenai kebakaran itu.

Katanya, sebaik tiba, dia terpaksa memecahkan pintu depan untuk masuk kerana semua pintu berkunci dan mendapati ruang tempat tidur bapa saudaranya dipenuhi asap manakala bapa saudaranya itu sudah rentung.

“Saya bersama beberapa jiran memadamkan api pada tilam sebelum melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa,” katanya yang ditemui di tempat kejadian. – HMETRO

Loading...


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Nampak Bapa Saudara Rentung Atas Katil

Sekianlah artikel Nampak Bapa Saudara Rentung Atas Katil kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nampak Bapa Saudara Rentung Atas Katil dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/08/nampak-bapa-saudara-rentung-atas-katil_1.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :