“Naiknya Bukan Sedikit” – Tyzo

“Naiknya Bukan Sedikit” – Tyzo - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Naiknya Bukan Sedikit” – Tyzo, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Naiknya Bukan Sedikit” – Tyzo
link : “Naiknya Bukan Sedikit” – Tyzo

Baca juga


“Naiknya Bukan Sedikit” – Tyzo

PENYAMPAI Suria FM iaitu Tyzo berkata dia kini berada dalam keadaan tertekan. Eh! Tertekan kenapa pula?

Sebenarnya Tyzo yang juga penyampai slot Suria Petang semakin cemas kerana berat badannya kini naik mendadak.

Malah kata empunya diri, perkara itu sedikit sebanyak membuatkan dirinya rasa kurang selesa.
“Ya saya harus akui keadaan ini membuatkan saya agak tertekan sebenar. Naiknya bukan sedikit, tetapi hampir 10 kilogram!

“Ia buat saya jadi tak selesa dengan diri sendiri sekarang,” katanya

Dalam pada itu, Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris berkata, dia tidak menolak ia disebabkan selera makannya mula bertambah sejak kebelakangan ini apatah lagi selepas sambutan Aidilfitri.

Diusik adakah perkara itu bermaksud dia kini sedang bahagia dengan seseorang? Ini jawapan Tyzo:
“Bahagia dengan seseorang itu tidak tetapi memang saya kuat makan kebelakangan ini.

“Bayangkan dari berat 62 kilogram sekarang sudah jadi 70 kilogram. Agaknya makan lemang dengan rendang banyak sangat kot masa raya,” selorohnya.

Tambah pamuda yang sentiasa murah dengan senyuman ini lagi, berat badannya agak sukar diturunkan kerana dia sendiri jarang bersenam.

“Sejak dulu, saya memang jarang bersenam. Namun selepas ini saya harus buat semua itu sebelum ia terlambat,” akhirnya ketawa kecil.

The post “Naiknya Bukan Sedikit” – Tyzo appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel “Naiknya Bukan Sedikit” – Tyzo

Sekianlah artikel “Naiknya Bukan Sedikit” – Tyzo kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Naiknya Bukan Sedikit” – Tyzo dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/08/naiknya-bukan-sedikit-tyzo.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :