MCA Perlis kemuka tiga nama bakal calon DUN Indera Kayangan

MCA Perlis kemuka tiga nama bakal calon DUN Indera Kayangan - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MCA Perlis kemuka tiga nama bakal calon DUN Indera Kayangan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MCA Perlis kemuka tiga nama bakal calon DUN Indera Kayangan
link : MCA Perlis kemuka tiga nama bakal calon DUN Indera Kayangan

Baca juga


MCA Perlis kemuka tiga nama bakal calon DUN Indera Kayangan

PADANG BESAR: MCA negeri Perlis sebulat suara mempertaruhkan tiga nama untuk  dipilih bertanding bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Indera Kayangan dalam pilihan raya umum ke-14 ( PRU14).

Naib Pengerusinya, Khaw Hock Kong berkata nama-nama tersebut merupakan individu yang diyakini dapat memenangi semula kawasan DUN berkenaan yang jatuh ke tangan pembangkang dalam PRU13.

"Pihak MCA Perlis yakin mana-mana antara nama mereka yang terbabit itu mampu menjayakan misi menawan kembali Indera Kayangan berdasarkan penerimaan pengundi khususnya masyarakat keturunan Cina di kawasan berkenaan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Pada PRU13, calon PKR Chan Ming Khai mengalahkan calon BN daripada MCA, Dr Por Choo Chor dengan majoriti 1,092 undi.

Khaw yang juga anggota DUN Titi Tinggi merangkap Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri yakin misi menawan semula Indera Kayangan akan lebih mudah melalui sokongan yang bakal diberikan oleh rakan-rakan daripada UMNO dan MIC.

"Melihat kepada situasi politik semasa juga menggambarkan sokongan rata-rata masyarakat Cina terhadap parti semakin kukuh, maka kita yakin mampu menebus kesilapan lalu dan memastikan DUN Indera Kayangan dimenangi MCA di samping mengekalkan kerusi DUN Titi Tinggi," tambahnya.

Di Perlis, kerusi parlimen iaitu Arau, Kangar dan Padang Besar dikuasai BN sementara bagi DUN, 13 dimiliki kerajaan dengan masing-masing satu dipegang PKR dan PAS.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel MCA Perlis kemuka tiga nama bakal calon DUN Indera Kayangan

Sekianlah artikel MCA Perlis kemuka tiga nama bakal calon DUN Indera Kayangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MCA Perlis kemuka tiga nama bakal calon DUN Indera Kayangan dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/08/mca-perlis-kemuka-tiga-nama-bakal-calon.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :