Masuk hospital di Brunei, isteri mohon doakan kesihatan Yazit

Masuk hospital di Brunei, isteri mohon doakan kesihatan Yazit - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Masuk hospital di Brunei, isteri mohon doakan kesihatan Yazit, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Masuk hospital di Brunei, isteri mohon doakan kesihatan Yazit
link : Masuk hospital di Brunei, isteri mohon doakan kesihatan Yazit

Baca juga


Masuk hospital di Brunei, isteri mohon doakan kesihatan Yazit

ISTERI kepada Yazit Ahmad yang juga bekas pemain dram kumpulan Search, Ramlah Mat memohon orang ramai mendoakan kesihatan suaminya itu agar dapat kembali ke Malaysia segera.

Ramlah berkata, keadaan kesihatan suaminya itu merosot ketika mereka sedang menunggu pesawat untuk pulang di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada Isnin selepas empat hari berada di negara itu.

Berikutan itu, pemain dram lagenda itu gagal untuk pulang ke Kuala Lumpur dari Brunei selepas dilarang menaiki pesawat kerana uzur.

"Kami berada di Brunei sejak Jumaat lalu berikutan suami saya ada undangan menjadi juri sebuah pertandingan nyanyian.

"Pada awalnya kesihatannya baik tapi hari terakhir dia nampak penat dan mengalami sesak nafas dan semput sehingga tidak dibenarkan menaiki pesawat. Dia terus dibawa ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Tambah Ramlah, suaminya diberikan rawatan dialisis bagi membuang air pada paru-paru yang menyebabkan dia menjadi semput.

Bagaimanpun katanya, keadaan semakin stabil biarpun masih berada dalam keadaan lemah.

"Selepas melakukan rawatan dialisis semalam, tekanan darah dia semakin baik dari 180 kepada 108. Tapi dia masih lemah dan tidak boleh berjalan.

"Sepatutnya sudah boleh keluar hari ini tapi pihak hospital minta buat satu lagi dialisis kerana masih ada saki baki air di paru-paru yang perlu dikeluarkan.

"Biasanya sekali dialisis mengambil masa tiga jam, mungkin esok baru kami dibenarkan keluar dan pulang ke Malaysia," katanya penuh harapan.

Pada Julai 2015, Yazid pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat masalah buah pinggang dan jantung.

Sumber: mStar Online


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Masuk hospital di Brunei, isteri mohon doakan kesihatan Yazit

Sekianlah artikel Masuk hospital di Brunei, isteri mohon doakan kesihatan Yazit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Masuk hospital di Brunei, isteri mohon doakan kesihatan Yazit dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/08/masuk-hospital-di-brunei-isteri-mohon.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :