Judul : Kes FIC: Bekas Bos NGO Anti-Anwar, AJK PPBM Direman
link : Kes FIC: Bekas Bos NGO Anti-Anwar, AJK PPBM Direman
Kes FIC: Bekas Bos NGO Anti-Anwar, AJK PPBM Direman
PUTRAJAYA – Bekas pegawai khas mantan Pengerusi Felda, Muhammad Zahid Md. Arip direman berhubung kes pembelian hotel oleh Felda Investment Cooperation (FIC) di Kuching, Sarawak.
Dia yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Muhammad Zahid turut merupakan bekas Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Bin Ibrahim (TIBABI) dan Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebelum menyertai parti cap bunga itu.
Media melaporkan perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd. Rahman di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Terdahulu suspek yang pernah menjadi Naib Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional (kini PKR) tiba di Istana Kehakiman kira-kira pukul 2.15 petang dengan berpakaian lokap SPRM berwarna jingga sambil tangan bergari.
Sebelum itu, suspek yang berumur 51 tahun itu dibawa dari rumahnya di Kuala Lumpur ke Ibu Pejabat SPRM di sini pada pukul 12.30 tengah malam Selasa untuk diambil keterangan sebelum ditahan pada pukul 4 pagi hari ini.
Sementara itu awal hari ini, bekas Ketua Pegawai Eksekutif FIC direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan SPRM berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang di London oleh FIC.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd. Rahman di Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Suspek berusia 46 tahun itu ditahan kira-kira jam 9.20 malam tadi, di ibu pejabat SPRM selepas hampir 12 jam memberi keterangan.
Peguam suspek, Fahmi Abdul Muin, ketika ditemui berkata, anak guamnya terpaksa berkerusi roda kerana masalah sakit tulang belakang dan otot.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16, Akta SPRM 2009.
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Kes FIC: Bekas Bos NGO Anti-Anwar, AJK PPBM Direman
Anda sekarang membaca artikel Kes FIC: Bekas Bos NGO Anti-Anwar, AJK PPBM Direman dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/08/kes-fic-bekas-bos-ngo-anti-anwar-ajk_1.html