Imbau kenduri kahwin dulu

Imbau kenduri kahwin dulu - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Imbau kenduri kahwin dulu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Imbau kenduri kahwin dulu
link : Imbau kenduri kahwin dulu

Baca juga


Imbau kenduri kahwin dulu

Filem bergenre drama komedi ringan ini lebih layak untuk tontonan televisyen. Bagaimanapun usaha penerbit dan pengarah membawa ke layar lebar wajar dipuji kerana ia meletakkan karya ini di tahap yang lebih besar.

Kerja Kahwin ialah filem mengenai satu plot kecil dalam kehidupan bermasyarakat, terutama masyarakat Melayu. Premis ceritanya hanya dalam lingkungan sama dan sekadar sebuah sinikal untuk menceriakan penonton yang mahu menonton genre filem yang lain daripada lain.

Plot berkisar satu keluarga dalam persiapan mengadakan kenduri kahwin ala kampung. Dengan elemen ‘merewang’ yang cukup sinonim dalam kalangan masyarakat Melayu, ia memperkenalkan semula watak penting tatkala acara ‘merewang’ berlangsung.

Watak tuan rumah yang sentiasa memastikan segala urusan kenduri berlangsung dengan sempurna, tukang masak kampung yang ada pantang larang dan cara sendiri, waima watak penyedia khidmat andaman dan sistem audio juga diselit bagi mewarnai jalan cerita.

Jujurnya, filem ini memang naskhah yang wajar jadi tontonan kerana elemen disebutkan tadi sudah mulai mengalami ‘kepupusan’ dalam budaya perkahwinan masyarakat Melayu yang rata-rata lebih suka memilih khidmat katering.

Banyak watak yang berjaya menarik perhatian antaranya pengacara majlis lakonan Aziz M Osman yang cuba menceriakan majlis dengan celoteh dan sesi karaokenya, watak Mak Andam lakonan Anne Abdullah yang hasilkan solekan ala Opera Cina sehingga Farah (lakonan Janna Nick) hampir hilang ‘mood’ pada hari bahagianya.

Itu belum lagi dikira dengan watak Hamid Gurkha yang mempunyai masalah pendengaran dan watak AR Badul sebagai Tok Kadi.

Dari segi lakonan, semua watak ada peranan sendiri yang berjaya memberi persembahan baik kepada penonton.

Malah beberapa suntikan drama seperti babak romantik Mansur (Shaharudin Tamby) dan Amaal (Ziema Din), babak komedi tukang masak Saamah (Syanie Hisham) dan Hirman (Henzi Andalas) juga tidak kurang hebat.

Paling menarik perhatian, pastinya pada babak akhir yang disifatkan kemuncak cerita iaitu selepas malam pertama.

Rumusannya, filem ini wajar diberi peluang untuk dijadikan hiburan santai.

The post Imbau kenduri kahwin dulu appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Imbau kenduri kahwin dulu

Sekianlah artikel Imbau kenduri kahwin dulu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Imbau kenduri kahwin dulu dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/08/imbau-kenduri-kahwin-dulu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :