Ijoy saman TV alHijrah berjumlah ganti rugi RM265,600!

Ijoy saman TV alHijrah berjumlah ganti rugi RM265,600! - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ijoy saman TV alHijrah berjumlah ganti rugi RM265,600!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ijoy saman TV alHijrah berjumlah ganti rugi RM265,600!
link : Ijoy saman TV alHijrah berjumlah ganti rugi RM265,600!

Baca juga


Ijoy saman TV alHijrah berjumlah ganti rugi RM265,600!

Syarikat pengambaran milik pelakon, Ijoy memfailkan saman terhadap stesen penyiaran Al Hijrah bagi menuntut pembayaran kerja produksi, iaitu rakaman program bual bicara berjumlah lebih RM265,000, dua tahun lalu.

M A Pictures Sdn Bhd milik Ijoy atau nama sebenarnya Zulkifly Azahari memfailkan saman itu melalui Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Ijoy yang juga suami kepada pelakon popular Sharifah Shahirah yang bertindak sebagai plaintif menamakan Al Hijrah Media Corporation sebagai defendan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa M A Pictures atas permintaan defendan telah menghantar satu salinan sebut harga bertarikh 29 Oktober 2015 yang mengandungi perincian lengkap berkenaan perkhidmatan kerja-kerja produksi yang ditawarkan bagi tujuan rakaman program bual bicara 26 episod bertajuk Maqasid Syariah – PNB dengan nilai RM265,600.

Plaintif yang menerima tawaran dari pihak defendan sebagai krew produksi menjalankan tanggungjawab dengan menyiapkan kerja produksi program itu sehingga selesai termasuk menyerahkan semua rakaman itu kepada defendan.

Defendan seterusnya menyiarkan siri rakaman program tersebut di rangkaian televisyen, laman sesawang dan media miliknya dan program tersebut telah mendapat sambutan yang baik.

Selepas rakaman akhir program itu disiarkan, defendan masih tidak membayar dan gagal melunaskan bayaran tertunggak sebanyak RM265,600.

Sehingga tarikh pemfailan, tindakan undang-undang pihak defendan masih lagi belum menjelaskan jumlah tuntutan itu.

Berikutan itu plaintif menuntut bayaran sebanyak RM265,600 yang terhutang ganti rugi am, dan ganti rugi teladan serta kos tindakan dan faedah. -BharianOnline

The post Ijoy saman TV alHijrah berjumlah ganti rugi RM265,600! appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Ijoy saman TV alHijrah berjumlah ganti rugi RM265,600!

Sekianlah artikel Ijoy saman TV alHijrah berjumlah ganti rugi RM265,600! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ijoy saman TV alHijrah berjumlah ganti rugi RM265,600! dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/08/ijoy-saman-tv-alhijrah-berjumlah-ganti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :