Gugur Hafifi Berdasarkan Penilaian Profesional

Gugur Hafifi Berdasarkan Penilaian Profesional - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gugur Hafifi Berdasarkan Penilaian Profesional, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gugur Hafifi Berdasarkan Penilaian Profesional
link : Gugur Hafifi Berdasarkan Penilaian Profesional

Baca juga


Gugur Hafifi Berdasarkan Penilaian Profesional

KUALA LUMPUR – Pengguguran atlet angkat berat Mohd Hafifi Mansor untuk Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) adalah berdasarkan kepada penilaian profesional.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata beliau menerima laporan doktor pakar daripada Institut Sukan Negara (ISN) yang menyatakan Hafifi mengalami kecederaan serius sekaligus tidak membolehkan beliau beraksi pada temasya KL2017.

“Laporan ISN kata kecederaan beliau serius dan pandangan doktor pakar dan ISN adalah bahawa beliau tidak boleh bertanding pada Sukan SEA. Saya tahu Hafifi tunjuk yang dia masih boleh angkat lagi tapi kita kena percaya kepada pakar.

“Adakalanya pakar perubatan buat keputusan untuk menyelamatkan atlet daripada dirinya sendiri. Mungkin dia rasa dia boleh tapi berdasarkan kepada penilaian doktor dan scan, ia menunjukkan kecederaan serius,” katanya.

ISN sebelum ini membuat keputusan bahawa Hafifi masih belum pulih daripada kecederaan paha yang dialaminya ketika berlatih di China pada bulan lalu.

Khairy menjelaskan jika sekiranya atlet dari Terengganu itu masih cuba bertanding, ia boleh mengundang kepada kecederaan yang mungkin akan menjejaskan karier beliau sebagai atlet angkat berat.

Katanya keputusan yang dibuat tidak mudah kerana Hafifi adalah antara atlet yang menjadi sasaran negara untuk meraih pingat emas pada Sukan SEA kali ini.

“Saya tahu Hafifi memang sangat kecewa apabila beliau tidak boleh beraksi di hadapan peminat tanah air dan negara sendiri. Ini juga Sukan SEA pertama beliau tapi kami mahu dia sembuh sepenuhnya untuk pastikan dia pertahankan pingat emas Sukan Komanwel tahun depan,”katanya.

Keputusan menggugurkan Hafifi ternyata mengejutkan peminat sukan tanah air apabila beliau dijadikan sandaran pingat emas acara itu, yang kali terakhir menyumbang emas menerusi Che Mohd Azrol Che Mat dalam kategori 105kg di Manila pada 2005. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Gugur Hafifi Berdasarkan Penilaian Profesional

Sekianlah artikel Gugur Hafifi Berdasarkan Penilaian Profesional kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gugur Hafifi Berdasarkan Penilaian Profesional dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/08/gugur-hafifi-berdasarkan-penilaian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :