Judul : Gigi Memang Boleh Tersusun Cantik Ke Kalau Pakai ‘Teeth Aligner’ Ni? Baca Penjelasan Doktor Gigi Ini Mengenainya
link : Gigi Memang Boleh Tersusun Cantik Ke Kalau Pakai ‘Teeth Aligner’ Ni? Baca Penjelasan Doktor Gigi Ini Mengenainya
Gigi Memang Boleh Tersusun Cantik Ke Kalau Pakai ‘Teeth Aligner’ Ni? Baca Penjelasan Doktor Gigi Ini Mengenainya
BACA: Jangan Pakai Kerana ‘Trend’, Ini 8 Perkara Yang Harus Dilalui Oleh Si Pemakai ‘Braces’ Yang Ramai Tak Tahu
Bukan itu sahaja, ada juga yang cuba untuk memakai ‘teeth aligner’, yang mana ia juga seakan-akan pendakap gigi, tetapi tidak kekal, dan selalunya hanya dipakai pada waktu malam.
Tapi, adakah ‘teeth aligner’ ini betul-betul boleh membuatkan gigi menjadi lebih teratur dan adakah ia benar-benar selamat untuk dipakai?
Sebelum anda buat keputusan untuk cuba memakai ‘teeth aligner’ ini, baca dahulu penjelasan dari seorang doktor gigi, Dr Iqbal Rosali ini mengenai ‘teeth aligner’.
Salam doktor. Boleh ulas tentang 'teeth aligner' atau 'teeth trainer'? Saya banyak tengok ia banyak dijual di Instagram dan Facebook. saya jadi tertarik untuk mencuba. Harganya pun murah. Adakah ia benar-benar berkesan?
Jawapan:
PENGENALAN
Aplians ini digunakan untuk memastikan susunan gigi menjadi teratur ketika dalam peringkat pertumbuhan gigi.
Mayofunctional Research Co (MRC) yang berpangkalan di Australia antara pengeluar terbesar alat ini sejak lebih 20 tahun yang lalu.
Mereka mencipta pelbagai jenis aplians dan setiap aplians adalah berbeza mengikut umur dan peringkat pertumbuhan gigi seperti gigi susu, gigi bercampur (gigi susu dan gigi kekal – mixed dentition) dan di peringkat awal gigi kekal.
Setiap aplians juga digunakan secara berperingkat /fasa, contohnya Trainer System (^TM) ada 2 fasa dan Myobrace (^TM) ada 3 fasa. Sama ada perlu melalui kesemua fasa ini akan ditentukan oleh doktor gigi yang terlatih menggunakan produk ini.
APA MASALAH TEETH ALIGNER YANG DIJUAL ONLINE?
1. Banyak jual
2. Label
3. Beli borong
Daripada bahan apa barangan ini diperbuat dengan harga begitu? Dengan harga serendah ini, adakah produk ini benar-benar memberikan kesan yang baik kepada susunan gigi?
5. Siapa yang boleh guna alat ini?
Memang ada Trainer for Adult (T4A) – jika ditafsirkan ke dalam Bahasa Melayu ia membawa makna untuk orang dewasa. Rupa dan bentuk T4A ini sama seperti yang dijual online. Tetapi yang dimaksudkan ialah untuk pesakit berumur 12 hingga 15 tahun, di mana waktu itu kebanyakan remaja sudah tumbuh kesemua gigi kekal (tidak termasuk gigi bongsu).
Bagi pesakit yang berumur 15 tahun ke atas, MRC ada menyatakan rawatan menggunakan aplians ini agak sukar. Ini kerana tabiat yang menyebabkan susunan gigi menjadi tidak teratur seperti bernafas melalui mulut sukar untuk diubah.
Screenshot seperti “baru pakai seminggu, gigi sudah bergerak sikit” dan “rasa macam ada perubahan” digunakan sebagai asas untuk menunjukkan kesan baik penggunaan aplians ini. Selepas itu tidak ada pula ditunjukkan apakah kesan akhir menggunakan produk ini sama ada menjadi semakin teratur susunan gigi atau semakin teruk.
JIka benar ada orang yang berjaya mencantikkan giginya menggunakan produk ini yang dibeli secara online, tunjukkan mukanya dan bagitahu siapa namanya. Sekadar tunjuk susunan gigi yang cantik, nampak sangat membohong. Entah dari mulut orang yang sama atau tidak.
7. Pemeriksaan dan seliaan
Selepas memakai aplians ini, perlu ada temujanji susulan untuk melihat sebarang perubahan.
Ada pesakit yang perlu memakai dua atau lebih aplians bergantung kepada penilaian doktor gigi. Selepas selesai satu peringkat, adakah perlu memakai aplians lain, juga bergantung kepada penilaian akhir doktor gigi.
JIka pembeli sekadar membeli online, siapa yang akan menyelia perubahan dan perkembangan gigi anda? Sekadar rasa ada perubahan cukupkah?
8. Bukan untuk orang dewasa
Sedangkan pengeluar sendiri tidak cadangkan penggunaannya
untuk mereka yang berusia lebih 15 tahun, bagaimana penjual online ini boleh claim produk yang mereka jual boleh digunakan untuk orang dewasa? Asas dan pembuktian dari mana?
KESIMPULAN
Masih belum terlambat untuk anda membatalkan niat membeli produk ini. Membeli-belah secara online tidak salah tetapi elakkan daripada membeli barangan yang boleh memudaratkan anda seperti ‘teeth aligner’ ini.
Konsultasi di klinik gigi kerajaan hanya RM1 dan anda bebas untuk bertanyakan sebarang soalan berkaitan gigi anda.
Anda diperiksa oleh professional dan bertauliah,
bukan penjual online yang hanya mengaut keuntungan mudah.
RM30 memang nampak murah, tapi tidak untuk membahayakan diri anda. Semoga bermanfaat.
Rujukan:
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Gigi Memang Boleh Tersusun Cantik Ke Kalau Pakai ‘Teeth Aligner’ Ni? Baca Penjelasan Doktor Gigi Ini Mengenainya
Anda sekarang membaca artikel Gigi Memang Boleh Tersusun Cantik Ke Kalau Pakai ‘Teeth Aligner’ Ni? Baca Penjelasan Doktor Gigi Ini Mengenainya dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/08/gigi-memang-boleh-tersusun-cantik-ke.html