Blok 404 bakal cetus impak baru

Blok 404 bakal cetus impak baru - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Blok 404 bakal cetus impak baru, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Blok 404 bakal cetus impak baru
link : Blok 404 bakal cetus impak baru

Baca juga


Blok 404 bakal cetus impak baru

TELEFILEM cemas dan seram, Blok 404 arahan Silver Chung yang pernah mencetuskan fenomena ketika diedarkan dalam format video cakera padat (VCD) sekitar 2003, kini difilemkan.

Pernah menghantui penggemar cerita seram kira kira 16 tahun lalu, pastinya versi filem ini antara karya yang sudah lama dinantikan sekali gus mengubat kerinduan mereka yang gemar genre sedemikian.

Penggambaran filem ini dilakukan sejak 8 hingga 21 Jun lalu di beberapa lokasi seperti Rumah Kebun Hulu Langat dan di sekitar Kuala Lumpur termasuk di Jalan U Thant, Ampang dan Rumah Sri Kenangan, Cheras.

Masih mengekalkan beberapa orang pelakon asal seperti Zamarul Hisham, Raja Azrey dan Datuk Boy Iman, filem arahan Isma itu turut membariskan wajah baru seperti Fasha Sandha, Nur Risteena Munim, Amar Asyraf, Nadia Brian Aedy Ashraf dan Adrea Abdullah.

Menurut Penerbit Eksekutif filem Blok 404, Kamisah Abd Manap atau Kam, usaha menyatukan kembali bintang asal Blok 404 dengan sokongan pelakon lain sudah lama difikirkan dan akhirnya menjadi kenyataan.

“Impak cerita ini sangat bagus suatu ketika dulu, jadi kenapa tidak kita kumpulkan semula pelakon yang masih ada. Kita juga berusaha mendapatkan pelakon asal Nabila Huda, namun dia ketika ini terikat dengan kerja lain,” katanya.

Kamisah juga bersyukur kerana DBI Entertainment berjaya mendapatkan pelakon terkenal lain untuk memberikan rencah berbeza dalam filem ini.

Menurut Kam lagi, versi filem juga tidak mempunyai kaitan dengan telefilem berkenaan tetapi sebuah cerita baru.

Beliau juga tidak menghadapi kesukaran sepanjang penggambaran kerana komitmen pelakon sangat baik.

Dalam pada itu, Boy Iman yang turut bertindak sebagai pelakon dan penerbit filem Blok 404 mengakui kecewa kerana ketiadaan Nabila dan sudah berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan aktres itu namun rezeki tidak menyebelahi mereka.

“Kami bagaikan satu keluarga dan banyak pengalaman dan memori indah yang dikongsi bersama ketika membintangi Blok 404 versi DVD.

“Apabila timbul idea dengan projek ini sudah tentu saya mahukan semua pelakon asal sama-sama terbabit tetapi nampaknya hasrat itu tidak kesampaian,” katanya yang menganggap perkara itu ada hikmahnya.

Sementara itu, Nabila Huda menjelaskan dia sudah terikat dengan penggambaran drama 100 episod, Dendam Aurora yang kini masih berbaki 50 peratus penggambarannya.

Drama terbitan Global Station Sdn Bhd dan turut dibintangi Ungku Ismail, Anzalna Nasir dan Shah Iskandar dan sudah memulakan siarannya sejak Rabu lalu di Astro Ria dan Ria HD.

“Memang saya dengar, ada yang cakap sayang kerana tak turut serta berlakon filem Blok 404. Ada yang cakap, kenapa saya tak buat cerita yang cukup ‘epik’ ini tapi harus saya jelaskan dengan komitmen yang sudah saya mulakan menerusi drama Dendam Aurora, saya terpaksa tolak tawaran itu.

“Tambah pula saya pegang watak utama dalam drama itu. Saya tak mahu terkejar-kejar buat banyak kerja dalam satu masa. Saya pun tak nak menyusahkan sesiapa sebab tak mampu berkejar ke lokasi berbeza.

“Saya tak boleh nak memuaskan ramai hati ketika ini sekalipun yang terbabit ialah kawan sendiri. Saya kena bersikap pentingkan diri.

“Watak dan komitmen saya untuk Dendam Aurora pun sangat meletihkan dan memerlukan komitmen yang jitu. Bayangkan saya sampai jatuh sakit.

Filem Blok 404 dijangka tayangannya di pawagam tanah air pada hujung tahun ini.

The post Blok 404 bakal cetus impak baru appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Blok 404 bakal cetus impak baru

Sekianlah artikel Blok 404 bakal cetus impak baru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Blok 404 bakal cetus impak baru dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/08/blok-404-bakal-cetus-impak-baru.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :