Bella Astillah: Perkataan ‘Meroyan’ Tidak Manis

Bella Astillah: Perkataan ‘Meroyan’ Tidak Manis - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bella Astillah: Perkataan ‘Meroyan’ Tidak Manis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bella Astillah: Perkataan ‘Meroyan’ Tidak Manis
link : Bella Astillah: Perkataan ‘Meroyan’ Tidak Manis

Baca juga


Bella Astillah: Perkataan ‘Meroyan’ Tidak Manis

ANZALNA Nasir dikecam hebat apabila menuduh Bella Astillah, isteri kepada Aliff Aziz sebagai meroyan akibat insiden adik pelakon itu, Afifah Nasir yang keluar berdua-duaan bersama Aliff berjaya dihidu Bella, Khamis lalu.

Bella menyatakan perkataan ‘meroyan’ itu tidak manis dan tidak sesuai dikeluarkan oleh sesiapa lebih-lebih lagi daripada wanita yang belum merasai sendiri pengalaman melahirkan anak.

Menurut Bella lagi, keluarganya di Sabah turut terkesan dengan perkataan itu kerana ‘meroyan’ sinonim dengan ketidakstabilan emosi dalam kalangan wanita dalam pantang.

Dalam majlis sidang media yang berlangsung petang semalam itu juga, Bella mengharapkan agar suaminya, Aliff menepati janji-janji yang diucapkan untuk menjaga perangai dan dia juga meminta Afifah untuk menjauhkan diri daripada suami serta keluarganya.

Bella turut menyatakan hasrat hatinya yang sudah memaafkan Aliff, namun untuk Afifah, dia memilih untuk mendiamkan diri.

Saya maafkan Aliff kerana dia suami saya dan bapa kepada anak kami. Untuk Afifah, biarlah masa yang menentukan.

“Saya berharap dengan kejadian ini dapat memberi pengajaran bukan sahaja untuk Aliff tetapi semua orang di luar sana yang mempunyai keluarga. Saya tidak mampu untuk mengatakan bahawa saya telah memaafkan wanita itu kerana hati saya masih sakit”, katanya lagi.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September tahun lalu dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Ayden Adrean, yang dilahirkan pada 8 Julai lalu. – MYNEWSHUB / Aisyah

Loading...


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Bella Astillah: Perkataan ‘Meroyan’ Tidak Manis

Sekianlah artikel Bella Astillah: Perkataan ‘Meroyan’ Tidak Manis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bella Astillah: Perkataan ‘Meroyan’ Tidak Manis dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/08/bella-astillah-perkataan-meroyan-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :