Apa yang buku teks di sekolah tulis mengenai Tun Mahathir?

Apa yang buku teks di sekolah tulis mengenai Tun Mahathir? - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Apa yang buku teks di sekolah tulis mengenai Tun Mahathir?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Apa yang buku teks di sekolah tulis mengenai Tun Mahathir?
link : Apa yang buku teks di sekolah tulis mengenai Tun Mahathir?

Baca juga


Apa yang buku teks di sekolah tulis mengenai Tun Mahathir?

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini mengesahkan tidak akan mengubah kandungan buku teks di sekolah yang berkaitan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘Bapa Pemodenan Malaysia’.

Dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Pendidikan itu berkata, penulisan buku teks kementerian itu dibuat berdasarkan fakta dan dokumen.

Berikut antara fakta yang terkandung di dalam buku teks di sekolah berkaitan dengan bekas perdana menteri itu:

1. Beliau anak bongsu daripada sembilan orang adik-beradik.

2. Beliau merupakan anak kepada Mohamad Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanafi.

3. Bapa Dr Mahathir iaitu Mohamad Iskandar adalah guru bahasa Inggeris yang dikenali sebagai ‘Master Iskandar’.

4. Ibu Dr Mahathir iaitu Wan Tempawan Wan Hanafi mempunyai kaitan keturunan dengan Wan Mat Saman, iaitu Menteri Besar Kedah yang memajukan bidang pertanian di Kedah dengan membina terusan yang dikenali sebagai Terusan Wan Mat Saman.

5. Semasa berada di luar UMNO, Dr Mahathir menghasilkan sebuah buku, The Malay Dilemma di mana beliau mengkaji masalah kemunduran ekonomi yang dihadapi orang Melayu sejak zaman penjajah. Walaupun buku itu diharamkan, Tun Abdul Razak dikatakan telah menggunakannya sebagai asas dalam menyusun semula ekonomi negara, terutama menggubal Dasar Ekonomi Baru (DEB).

6. Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-4 pada 16 Julai 1981.

7. Dr Mahathir menyediakan asas yang kukuh kepada negara untuk bersaing di peringkat antarabangsa dalam sektor perindustrian. Beliau mengubah struktur asas ekonomi Malaysia daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada negara perindustrian.

8. Beliau juga memberi sumbangan besar kepada perkembangan ekonomi Islam sehingga mengangkat sistem kewangan Islam di persada antarabangsa serta meletakkan Malaysia sebagai hab kewangan Islam. Beliau turut mengusahakan penubuhan Bank Islam Malaysia, Bank Muamalat Malaysia, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia dan Muzium Kesenian Islam.

9. Dr Mahathir bersara daripada politik pada 31 Oktober, 2003 setelah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

10. Beliau dianggap sebagai ‘Bapa Pemodenan Malaysia’ kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi negara perindustrian baharu yang disegani oleh negara-negara membangun yang lain.

Semua fakta tersebut terkandung di bawah Bab 12: Pembinaan Negara Bangsa dalam buku teks Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800 - 2000) bagi pelajar Tingkatan Enam yang akan menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Apa yang buku teks di sekolah tulis mengenai Tun Mahathir?

Sekianlah artikel Apa yang buku teks di sekolah tulis mengenai Tun Mahathir? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Apa yang buku teks di sekolah tulis mengenai Tun Mahathir? dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/08/apa-yang-buku-teks-di-sekolah-tulis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :